Majlis Konvokesyen Ke-4
Institut Pengajian Islam PERGAS 2018

Panduan Bagi Para Graduan

Para graduan dikehendaki untuk sentiasa melayari lelaman web www.ipip.sg untuk mendapatkan informasi yang terbaru bagi panduan Majlis Konvokesyen IPIP 2018. 

 

Tempat:  Auditorium 2, UTown NUS, 2 College Avenue West (S) 138607
(Click here for map)

Tarikh: 
Sabtu 21 April 2018, 5 Syaaban 1439H.

Waktu: 
2.00ptg hingga 5.00ptg.

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PERGAS
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM
SIJIL PENYERTAAN PENGAJIAN ISLAM

1.0 BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN 

1.1   Borang RSVP kehadiran graduan perlu diisi dengan lengkap melalui link ini sebelum Jumaat, 9 Mac 2018.
1.2   Kad undangan hanya akan dikirimkan setelah borang pengesahan diterima oleh pihak kami sebelum tarikh yang telah ditetapkan di atas.

2.0 SEWAAN PAKAIAN KONVOKESYEN SEBELUM UPACARA

2.1   Para graduan dikehendaki memakai baju graduan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan.

2.2   Para graduan dinasihatkan supaya dapat menjaga pakaian tersebut dengan baik. Tidak dibenarkan merubah pakaian konvo dengan sebarang jahitan.

2.3   Sekiranya terdapat kerosakan dan kehilangan pada pakaian konvokesyen, maka bayaran $80 akan dikenakan ke atas graduan yang bertanggungjawab.

2.4   Pengambilan dan penyerahan semula pakaian konvo akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pembekal JOYous Asia.  Pelajar perlu daftarkan diri melalui  link ini bagi prosedur pengambilan & penyerahan pakaian konvo sebelum 16 April 2018.

3.0 RINGKASAN GERAK CARA MAJLIS

3.1   Para graduan dikehendaki berkumpul dengan pakaian lengkap pakaian akademik graduan di Auditorium 2, NUS Utown pada jam 11 pagi. Raptai lengkap akan bermula sejurus itu. Para graduan diingatkan supaya tidak melengahkan masa untuk berkumpul.

3.2   Para Graduan yang tidak mengikuti raptai tidak akan dibenarkan untuk mengikuti Majlis Penerimaan Sijil kecuali dengan keizinan rasmi (dengan alasan tertentu) daripada pihak IPIP

3.3   Para graduan akan diberi masa berehat dan solat. Para graduan perlu kembali ke dataran auditorium selewat-lewatnya jam 1.30 ptg. Mereka yang lambat tidak dibenarkan untuk naik ke pentas bagi menerima sijil. Langkah ini diambil supaya proses alir acara tidak terganggu.

3.4   Para graduan diminta untuk langsung ke kaunter pendaftaran setelah tiba di dataran auditorium.

3.5   Para graduan akan diberikan tempat duduk setelah pendaftaran berdasarkan penyusunan nombor yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa. Para graduan dinasihatkan supaya dapat mengikuti segala arahan yang akan diberikan bagi kelancaran proses upacara.

4.0 KAD JEMPUTAN

Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk (2) orang tetamu menghadiri Majlis Konvokesyen. Para tetamu dikehendaki membawa kad jemputan tersebut supaya dibenarkan masuk ke dalam dewan.

5.0 PAKAIAN PARA GRADUAN

5.1 Pakaian Graduan Lelaki

– Baju Jubah Putih & Songkok Putih
– Atau Sut Hitam (kot hitam + seluar hitam) & Songkok Hitam

5.2 Pakaian Graduan Perempuan

– Baju Panjang warna hitam & Tudung Putih

 

6.0 PENGGAMBARAN

Setiap graduan akan diberikan satu set gambar (gambar berkumpulan dan gambar individu) secara percuma. Video bagi upacara majlis tersebut boleh ditempah melalui link ini.


7.0 BAYARAN MAJLIS KONVOKESYEN

Para graduan dikehendaki melunaskan bayaran bagi Majlis Konvokesyen selewat-lewatnya pada hari Jumaat 16 Mac 2018.

Nota: Pembayaran $150 dikenakan bagi setiap graduan bagi upacara ini. Yuran  termasuk penyewaan pakaian konvokesyen, saguhati, cenderahati, sijil lulus/penyertaan (bagi pelajar yang belum menerimanya), satu set gambar, makan tengahari dan lainnya. Pembayaran boleh dibuat melalui link ini.

8.0 PERTANYAAN / MAKLUM LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ukhti Surayah/ Ustazah Siti Nur Zahirah Salimi di talian 63469351/54 atau emel ke ipip@pergas.org.sg