Mengenai Institut Pengajian Islam Pergas

Adalah merupakan cita-cita dan visi PERGAS untuk melahirkan Khaira Ummah, yakni masyarakat Islam Contoh dan Cemerlang di Singapura ini, seperti yang dituntut oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 110 iaitu supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran serta beriman kepada Allah.

Tetapi Khaira Ummah tidak akan terbentuk tanpa memenuhi syarat-syarat yang dijelaskan Allah dalam surah Ali Imran dalam ayat 100-104 yang antaranya ialah masyarakat ini haruslah didirikan di atas dasar :

Iman dan Taqwa

Merasa Izzah kepada ajaran Islam

Ukhuwwah dan Perpaduan

|

Amar M'aaruf dan Nahi Munkar

“Barang siapa Allah inginkan kebaikan (khair) untuknya akan Allah memahamkan dia akan Agamanya (Tafaqquh fi al-Din); dan sesungguhnya Ilmu itu diperoleh melalui ta’allum (pembelajaran)”

– Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah, Malik, Darimi.

Maka melahirkan Generasi Du’at (pendakwah) yang menegakkan Amar Ma’aruf dan Nahy Munkar adalah prasyarat pembentukan Khaira Ummah. Generasi Du’at ini pula tidak hanya didorong oleh semangat semata, tetapi di atas dasar Basirah dan Ilmu (Yusuf : 108) yang mendorong dan membekali amal mereka.

Mulakan Pengajian Islam Anda

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.

Tekan Butang Ini Untuk Daftar