Pengajian Bahasa Arab
Program pengajian bahasa arab adalah pengajian yang akan memberi penekanan pada 4 kemahiran; pendengaran, pembacaan, penulisan dan perbualan. Program ini akan bermula dari peringkat asas hingga ke peringkat lanjutan dengan mengandungi 9 modul kesemuanya. Ia menghala kepada peringkat ‘O’ level.
- Peserta telah mengenali huruf-huruf Bahasa Arab (Hijaiyyah)
- Membina khairah ummah melalui pengajian bahasa arab dan budayanya
- Mengajar bahasa arab kepada masyarakat dari peringkat awal hingga peringkat lanjutan
- Memberi kemahiran bertutur, menulis, bercakap dan mendengar dalam bahasa arab
Jadual bergantung pada bilangan penyertaan dan tertakluk pada perubahan.
- Tempoh Pengajian
- Setiap Peringkat: 12 minggu
- Jumlah: 2 ½ tahun
- Sesi 1
- Hari: Selasa dan Khamis
- Masa: 7.30 mlm—9.30 mlm (2 jam)
- Tempat: Wisma Indah / MDIS ( Changi Road)
- Sesi 2
- Hari: Selasa
- Masa: 9.00 pg — 1.00 tgh (4 jam)
- Tempat: Wisma Indah / MDIS (Changi Road)
- Sesi 3
- Hari: Ahad
- Masa: 9.00 pg — 1.00 pg (4 jam)
- Tempat: Wisma Indah / MDIS (Changi Road)
Pendaftaran & Administrasi | Yuran pengajian | |
Peringkat Asas | $70 | Modul 101 ($450), Modul 102 ($450), Modul 103 ($450) |
Peringkat Pertengahan | $70 | Modul 201 ($450), Modul 202 ($450), Modul 203 ($450) |
Peringkat Lanjutan | $70 | Modul 301 ($450), Modul 302 ($450), Modul 303 ($450) |
Sinopsis Program
Modul Asas
Modul ini memberikan pengajian bahasa arab untuk bagi peringkat permulaan. Pembinaan kosa kata asas dan kegunaannya adalah fokus bagi modul ini. Pada akhir pengajian pelajar akan memahami cara menggunakan bahasa arab pada situasi yang dipelajari.
Ucapan dan pengenalan, Kekeluargaan, Tempat tinggal. Kehidupan harian, dan Minuman & Makanan
Modul ini membina kosa kata dan tatabahasa pelajar pada situasi sekeliling kita serta menggunakannya. Dengan pengajian integrasi, pelajar dapat membiasakan kegunaan bahasa arab pada situasi harian.
Solat, Pembelajaran, Pekerjaan, Membeli-belah, dan Cuaca
Modul ini akan diajar tatabahasa dan kefahaman membaca teks serta menggunaakannya pada perbualan dan penulisan. Pelajar akan serasi menggunakan bahasa arab pada situasi harian.
Topik-Topik dalam Pengajian
Hobi, Perjalanan & Bermusafir, Haji dan Umrah, Kesihatan, dan Percutian
Modul Pertengahan
Modul ini memberikan pengajian bahasa arab untuk bagi peringkat awal pertengahan. Pengajian akan lebih kepada mempraktikkan dalam perbualan dan penulisan.
Penjagaan kesihatan, Rekeriasi, Kehidupan berkahwin, Kehidupan di Bandar, dan Ilmu pengetahuan dan pembelajaran
Modul ini membina kosa kata serta mengenalpasti tatabahasa dan menggunakannya dalam perbualan dan penulisan. Ia juga membina keyakinan dalam kegunaan harian.
Profesion Pekerjaan, Bahasa Arab, Penganugerahan, Dunia Sebuah Perkampungan kecil, dan Kebersihan
Modul ini mengajar cara merespon dan memberi idea dalam bentuk tulisan dan percakapan. Asas tatabahasa akan diperkasakan pada teori dan praktikal. Ia membekalkan asas bahasa yang kuat bagi melanjutkan ke peringkat selanjutnya.
Islam, Remaja, Dunia Islam, Keselamatan, Pencemaran, dan Sumber Tenaga
Modul Lanjutan
Modul ini membina ketepatan dalam penggunaan bahasa dalam bentuk pembacaan dan penulisan. Sekaligus dapat meningkatkan kemahiran dalam kegunaan bahasa
Mu’jizat yang berkekalan, Hari dalam kehidupan baru, Dunia Minoriti, Sunnah Nabawiyah, dan Kanak-kanak dan Membaca
Modul ini menghalusi dalam penggunaan di setiap kemahiran bahasa. Dengan kemahiran yang ada pelajar dapat meluaskan kemahiran bahasa arab kepada bahasa lain.
Penghijrahan Fikiran, Selamat Malam, Hikayat dan Gurauan, Kesaksamaan, dan Berperikemanusiaan terhadap haiwan
Dengan ketepatan dan penguasaan yang mantap pelajar hanya perlu sedikit bimbingan dalam pengajian. Pelajar masih ada ruang untuk mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa arab.
Amthal Arab, Konflik kekeluargaan, Hubungan bersama Ayah dan Anak, Air adalah asal kehidupan, Wasiat seorang ayah, dan Diari Si Kecil
Mulakan Pengajian Islam Anda
Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.