Pengajian Al-Quran Pergas

Pengajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan pelajar membaca Al-Quran dengan bertajwid. Pengajian akan bermula dari peringkat bacaan asas hingga ke peringkat lanjutan. Pelajar yang berminat untuk meneruskan pembacaan al-Quran yang bersanad akan menduduki ujian kemasukan.

Pelajar layak menduduki peperiksaan “Quranic Teacher Recognition Scheme” (QTRS).

 

Jadual bergantung pada bilangan penyertaan dan tertakluk pada perubahan. Sila klik untuk maklumat lanjut.

 

 

  • Sesi 1
    • Hari: Rabu
    • Masa: 7.30 mlm — 9.30 mlm
    • Tempat: Wisma Indah
  • Sesi 2
    • Hari: Sabtu
    • Masa: 12.00 tgh — 2.00 ptg
    • Tempat: Wisma Indah
Pendaftaran & Administrasi Yuran pengajian
Peringkat Asas $70 $300
Peringkat Pertengahan $70 $300
Peringkat Lanjutan $70 Modul 1 ($300), Modul 2 ($300), Modul 3 ($300)
Tempoh Pengajian
Peringkat Asas 12 minggu
Peringkat Pertengahan 12 minggu
Peringkat Lanjutan 1 – 3 Modul 1 = 12 minggu

Modul 2 = 12 minggu

Modul 3 = 12 minggu

Struktur Pengajian

Peringkat Asas

  • Matlamat
    • Memperkukuhkan asas pengenalan
    • Membina kefahaman
    • Mempertingkatkan keyakinan
  • Syarat Kemasukan
    • 16 tahun ke atas
    • Beriltizam untuk mampu membaca Al-Quran dengan bertajwid
    • Kenal huruf-huruf hijaiyah
  • Silibus
    • Mengulangkaji asas-asas tajwid
    • Membaca surah-surah dari Juz 30

Peringkat Pertengahan

  • Matlamat
    • Tahsin- Memperbaiki bacaan dengan lebih teliti dan memberi perhatian kepada tajwid dan fasahah(sebutan).
  • Syarat Kemasukan
    • 16 tahun ke atas
    • Telah melalui peringkat Asas
    • Mempunyai asas bacaan yang baik bagi yang tidak mengikuti pengajian peringkat Asas.
  • Silibus
    • 1- Surahs
      • Yaasin
      • Al-Rahman
      • Al-Mulk
      • Al-Waqi’ah
    • 2- Tajwid

Peringkat Lanjutan

  • Matlamat
    • membaca surah-surah pilihan
    • membaca dengan bacaan dan tajwid yang baik
  • Syarat Kemasukan
    • 16 tahun ke atas
    • Tamat peringkat Pertengahan, Pengajian Al-Quran Pergas.
    • Mempunyai asas bacaan yang baik bagi mereka yang tidak mengikuti peringkat Asas dan Pertengahan.
  • Silibus
    • Surah-surah pilihan.
    • Tajwid peringkat lanjutan.
    • Sejarah al-Quran

Mulakan Pengajian Islam Anda

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.

Tekan Butang ini Untuk Daftar