Pengenalan

Program ini disediakan untuk penuntut yang telah tamat dan lulus Sijil Lanjutan Pengajian Islam Pergas atau penuntut menengah 4 madrasah sepenuh masa. Ia juga dibuka kepada penuntut yang mempunyai sijil kursus lain yang setaraf (akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pendidikan Pergas). Penuntut juga harus mempunyai latar belakang pembelajaran asas Bahasa Arab.

 

Matlamat Program

  • Melengkapkan peserta dengan ilmu-ilmu alat untuk membantu memahami Islam dan hukum-hukum Islam dengan lebih jelas
  • Menjelaskan dan melatih peserta akan kepentingan dakwah, dasar-dasar dakwah & pemikiran dakwah Islamiah
  • Membentuk pemikiran yang lebih kreatif dan kritikal mengikut perspektif Islam

Program Diploma Pengajian Islam mengamalkan sistem semester. Pengajian separuh masa selama 2 tahun dan terbahagi kepada 2 semester di dalam setahun pengajian. Mengandungi jangka masa pendek dan panjang.

  • Lulus Sijil Lanjutan Pengajian Islam
  • Pelajar Madrasah Sepenuh masa yang lulus menengah 4
  • Sijil-sijil kursus lain yang setaraf dan relevan (akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pendidikan Pergas)
  • Pelajar yang mempunyai latar belakang pembelajaran asas Bahasa Arab

Setiap Semester Bagi Jangka Masa Panjang:

  • 4 minggu pengajian
  • 3 minggu peperiksaan
  • 2 minggu cuti peperiksaan
  • 4 minggu cuti

Setiap Semester Bagi Jangka Masa Pendek:

  • 2 minggu pengajian
  • 3 minggu peperiksaan
  • 2 minggu cuti peperiksaan
  • 4 minggu cuti

Waktu Pengajian :

  • Jumaat : 7.30 mlm – 10.10 mlm
  • Sabtu    : 2.30 ptg – 8.30 mlm

Tempat Pengajian:
Pergas (Wisma Indah)
*Tertakluk pada perpindahan

Mata Pelajaran

Muat Turun Risalah Program


Tauhid

Modul ini akan mengupas mengenai pengertian Iman dan mengaitkan contoh-contoh berbagai bidang kehidupan. Beberapa kisah dan peristiwa besar yang berlaku juga akan dipetik di zaman tertegaknya kerajaan Islam supaya kekuatan akidah dan iman umat terdahulu dapat dicontohi.

 

Metodologi Kajian Ilmiah

Modul ini merangkumi tiga aspek penting kajian ilmiah iaitu dari sudut teori, praktikal dan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pengkaji. Ia menjelaskan maksud serta beberapa bentuk kajian ilmiah serta memberi panduan kepada pelajar langkah-langkah yang perlu diambil dalam menghasilkan kajian ilmiah. Ia juga menekankan etika serta sikap bagi seseorang pengkaji agar kajjan tersebut dapat dihasilkan dengan baik.

 

Tafsir Maudhui

Modul ini akan menggunakan metode tafsir maudhui melalui pemilihan topik tertentu kemudian menghimpun ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan topik kemasyarakatan, Keimanan & Keyakinan terhadap Pencipta dan Keperluan Manusia dalam Al-Quran.

 

Tasawwur Islam

Modul ini memperkenal dan  memberi kefahaman berkenaan  pandangan hidup Islam agar menjadi Muslim yang baik yang berpegang pada nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Ia akan menjelaskan beberapa konsep yang berkaitan seperti Rabbani, Syumul, Tawazun dan Al-Thabat. Di antara tajuk-tajuk yang akan disentuh adalah:Makna Tasawwur Islam, Ciri Pandangan Hidup Muslim, Hakikat Tuhan/ Insan/ Alam, Falsafah Perundangan/ Ibadah/ Munakahat dalam Islam dan Penyelesaian Masalah menurut Islam.

 

Hadith Maudhui

Modul ini akan menggunakan metod hadith maudhui melalui pemilihan topik tertentu kemudian menghimpun hadith-hadith yang berkaitan dengan berbakti kepada ibubapa, silaturrahim bersama orang Islam dan bukan Islam, Kelebihan orang yang berusaha untuk membantu wanita yang tidak bersuami dan orang miskin, Kelebihan Penjaga Anak Yatim, berbuat baik dengan jiran dan larangan ke atas penghinaan.

 

Maqasid Syariah

Modul ini merangkumi empat bahagian penting untuk memahami Maqasid Shariah secara am; Pengenalan, Kepentingan, Sejarah dan Aplikasi Maqasid dalam konteks masakini. Ia menekankan tentang tingkatan Maqasid (al-Dharuriyat, al-Haajiyat, al-Tahsiniyat) serta prinsip – prinsip Maqasid Shariah yang lima (Hifz Din, Hifz Nafs, Hifz Aqal, Hifz Nasl, Hifz Mal)

Sistem-Sistem Islam

Modul ini akan menyingkap secara ringkas konsep sistem-sistem di mana agama Islam itu terbentuk menjadikan Islam sebagai satu sistem kehidupan yang lengkap. Ia juga akan membuat perbandingan di antara sistem-sistem Islam dan sistem yang terdapat di dunia masa kini.

 

Bahasa Arab

Modul ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat pengajiannya di peringkat bahasa arab asas. Pendekatan yang digunakan tidak tertumpu kepada satu topik dari permulaan hingga selesai topik tersebut. Ianya mendedahkan kepada para pelajar beberapa kaedah, perkataan yang relevan dan sering digunakan di dalam bahasa arab melalui kemahiran penulisan, perbualan dan pembacaan secara ringkas, mudah difahami dan sekaligus menjadi kunci kepada para pelajar bagi meneruskan peringkat pembelajaran bahasa arab yang lebih mendalam kajiaannya.

 

Kesederhanaan Dalam Islam

Kursus ini akan mengupaskan mengenai konsep kesederhanaan yang perlu difahami bagi masyarakat dengan menggunakan sumber-sumber yang mainstrean, sunni, juga maklumat-maklumat  terkini.

 

Fiqh Minoriti Muslim

Modul ini akan mengupaskan konsep isu-isu fiqh dari aspek definisi, objektif, ciri khusus dan sumber-sumbernya minoriti muslim. Ianya menekankan tunggak-tunggak asas bagi fiqh minoriti, Terdapat contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam persoalan akidah dan ibadah, contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam fiqh kekeluargaan, contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam fiqh kekeluargaan, contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam persoalan makanan & minuman, contoh-contoh penerapan aplikasi dalam urusan dan perhubungan kemasyarakatan.

 

Pengurusan & Kepimpinan Dakwah

Kursus ini memberi pengetahuan umum berkaitan beberapa aspek dalam pengurusan, perancangan, perubahan lanskap sosial, pembagunan sumber daya manusia (tarbiah) dan isu-isu dalam kepimpinan. Selain daripada itu ia turut memberi pendedahan, perbandingan, pengamalan dan pengurusan.

 

Tafsir Ayat-Ayat Hukum

Modul ini akan membahaskan mengenai pendapat dan pemikiran ulama-ulama tafsir yang termasyhur melalui aliran lama dan baru seperti pendidikan, Syakhsiah Muslim, mengenal pasti adab-adab kemasyarakatan yang Islam dan bukan Islam, hubungan antara keluarga, menghubungkaitkan hukum Ekonomi, Jenayah, Siasah, Jihad dalam Islam.

 

Sejarah Islam Di Nusantara

Modul ini menjelaskan tentang sejarah dan teori kedatangan Islam di Nusantara termasuk Singapura. Selain daripada itu ia juga akan menyentuh tentang perkembangan serta peranan Islam dalam kebudayaan Melayu. Modul ini juga akan menekankan beberapa tokoh Ulama yang telah mengubah corak lanskap masyarakat Islam di Alam Melayu khususnya di Singapura.

 

Pembahasan Fiqh Semasa

Modul ini akan mengupaskan mengenai semua aspek syariat Islam yang dihadapi oleh Muslim/ Muslimah. Ia akan membincangkan tentang prinsip-prinsip hukum yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam menentukan hukum halal dan haram.

Al-Quran

  1. Tilawah: Pelajar mesti dapat membaca dan menghafal al-Quran dengan baik mengikut hukum-hukum tajwid.
  2. Hafalan: Surah Al-Kahfi Ayat 1-110

Modul-modul yang ditawarkan

  KOD MODUL
TAHUN 1

Sem 1

DPUD1223 TAUHID
DPEL1342 METODOLOGI KAJIAN ILMIAH
DPAS1233 TAFSIR MAUDHUI
DPTI1023 TASAWWUR ISLAM

Sem 2

DPAS2253 HADITH MAUDHUI
DPSY2292 MAQASID SYARIAH
DPUD2283 SISTEM-SISTEM ISLAM
DPBA2213 BAHASA ARAB KLASIKAL 2
TAHUN 2

Sem 1

DPEL3353 KESEDERHANAAN DALAM ISLAM
DPSY3272 FIQH MINORITI
DPTI3033 PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN DAKWAH
DPBA3203 BAHASA ARAB KLASIKAL 3

Sem 2

DPAS4243 TAFSIR AYAT-AYAT HUKUM
DPEL4332 SEJARAH ISLAM DI NUSANTARA
DPSY4263 PEMBAHASAN FIQH SEMASA
DPBA4313 BAHASA ARAB KLASIKAL 4

Penilaian merangkumi kuiz, tugasan, kajian, kerja praktikal dan ujian.

Penilaian Bilik Darjah Peperiksaan
Kursus-kursus Umum 40% 60%

Sesi Pertama : Januari
Pendaftaran bermula di bulan Oktober dan berakhir di bulan November.

Sesi Kedua : Julai
Pendaftaran bermula di bulan Mei dan berakhir di bulan Jun.

Arahan:

  • Borang pendaftaran melalui “online”
  • Salinan sijil akademik, transkrip peperiksaan serta sijil-sijil sampingan yang bersesuaian
  • Sekeping gambar berukuran saiz paspot anda
Pendaftaran & Pentadbiran $150 (tidak akan dikembalikan)
Yuran pengajian $1500 / semester
Bulanan $250

Yuran pengajian perlu dibuat untuk tiga bulan pertama sebanyak $750 sebelum pengajian bermula. Bagi pembayaran pengajian seterusnya, pelajar dibolehkan membayar yuran secara bulanan melalui GIRO sahaja.

  1. A) Bayaran Penuh

Pelajar boleh membuat bayaran yuran kursus sepenuhnya (untuk semester yang dimohon) semasa bermohon sama ada secara tunai, NETS atau cek atas nama “PERGAS”.

  1. B) Bayaran Bulanan

Pelajar hendaklah membuat bayaran yuran kursus secara bulanan melalui GIRO. Borang GIRO boleh didapati di Pejabat PERGAS. Borang GIRO mesti diisi dan dikembalikan bersama Borang Permohonan.

Penarikan Diri (peratus yang dikembalikan)

  • 2 minggu sebelum program bermula: 100%
  • Kurang dari 2 minggu: 50%
  • Selepas program bermula: 0%

Mulakan Pengajian Islam Anda

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.

Tekan Butang ini Untuk Daftar