Matlamat Program

Program ini telah direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak pernah mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara rasmi. Program ini akan memuatkan cara pembelajaran yang bersifat praktikal dan mengetengahkan pendekatan amalan-amalan yang digalakkan (recommended practices) dalam melaksanakan ibadat harian.

Program Takrif Islam (PTI)

Program ini bertujuan untuk mengenali dan memahami asas Islam melalui pengajian Tauhid, Fiqh, Sirah dan Asas al-Quran. Ia direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak pernah mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara berstruktur. Program ini juga memuatkan pembelajaran secara teori dan praktikal.

  • Mengetahui, secara menyeluruh, dasar-dasar Agama Islam.
  • Memahami dan mengamalkan akhlak-akhlak misali dalam kehidupan harian.
  • Mengenal dan membaca Al-Quran dengan aplikasi hukum-hukum tajwid pada peringkat permulaan.
  • Melaksanakan ibadat solat dengan memahami hukum-hukum yang berkaitan dengannya dalam hal-hal tertentu.

Struktur Program

Bagi mendapatkan sijil penyertaan untuk Program Takrif Islam, pelajar wajib memenuhi kehadiran sebanyak 75% bagi keempat–empat modul secara urutan iaitu Tauhid, Fiqh (termasuk pengurusan jenazah), Sirah dan Asas al-Quran.  Setiap modul pembelajaran akan tamat dalam masa 6 sesi pertemuan.

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Pengajian Islam(SPI) setelah tamat pembelajaran PTI.

1) Pengajian ini menawarkan dua laluan

a) PTI Mingguan atau Harian

  • Pengajian akan berlangsung dalam seminggu sekali

b) PTI Ekspres

  • Pengajian akan berlangsung dua kali dalam satu minggu

2) Pengajian ini dijalankan dalam bahasa Melayu atau Inggeris

  • Penuntut dewasa dan remaja berumur 16 tahun ke atas.
  • Sijil penyertaan akan diberikan kepada mereka yang memenuhi kehadiran 75%.
  • Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat SPI.

PTI Mingguan & Harian

Hari Waktu
Ahad 9.00 pg – 12.00 tgh
Isnin 6.30 ptg – 9.30 mlm
Jumaat 6.30 ptg – 9.30 mlm
Ahad 9.00 pg – 12.00 tgh

PTI Ekspres

Hari Waktu
Selasa & Khamis 6.30 ptg – 9.30 mlm
Isnin & Khamis 6.30 ptg – 9.30 mlm

Tempat: Wisma Indah, MDIS Changi

Mata Pelajaran

Muat Turun Risalah Program (Melayu)

Muat Turun

Muat Turun Risalah Program (English)

Muat Turun

Pengenalan Kepada Islam (Tauhid)
Modul ini membincangkan mengenai Akidah Islam yang meliputi kepercayaan kepada Tuhan serta sifat-sifatNya. Ia menanam keyakinan kewujudan Allah s.w.t serta menjelaskan mengenai rukun Iman yang menjadi teras berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

 

Asas Agama Islam 1 (Fiqh)
Modul ini akan menyentuh berkaitan hukum syariah beserta lima rukun Islam secara umum. Modul ini juga akan menerangkan berkaitan Thoharah dan Solat secara ringkas. Pelajar akan dibimbing kepada pelaksanaan hukum-hukum yang praktikal dari kehidupan seharian.

 

Asas Agama Islam 2 (Sirah)
Modul ini akan memperkenalkan kepentingan mempelajari Sirah dan tujuan Rasul diutuskan kepada umat manusia dan juga memperkenalkan sifat-sifat para Rasul untuk dijadikan pengajaran dan panduan bagi kehidupan sebagai seorang Muslim.

 

Bacaan Al-Quran 1 –  Pengenalan
Modul ini memperkenalkan pembacaan al-Quran dari peringkat permulaan. Pelajar juga akan didedahkan bacaan dengan surah-surah pilihan daripada juz 30

Pengambilan Pertama: Januari
Pendaftaran bermula di bulan Oktober, dan berakhir di bulan November.

Pengambilan Kedua: Julai
Pendaftaran bermula di bulan May, dan berakhir di bulan June.

Arahan:

  • Borang pendaftaran melalui “online”
  • Salinan sijil akademik, transkrip peperiksaan serta sijil-sijil sampingan yang bersesuaian
  • Sekeping gambar berukuran saiz paspot anda

Yuran Pengajian
Pendaftaran: $100 (Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan)
Pengajian: $350, 4 modul termasuk Kursus Pengurusan Jenazah. (yuran tidak termasuk buku dan nota)

Pelajar yang ingin menarik diri daripada mana-mana kursus program dengan sebab-sebab yang tertentu perlu berbuat demikian secara bertulis kepada IPIP. Pelajar yang menarik diri dari program selama lebih daripada 2 semester perlu mendaftar semula sekiranya mereka ingin meneruskan program ini.

Peratusan yuran dikembalikan Jika tempoh penarikan diri pelajar diterima secara bertulis dalam jangkamasa:
[100%] Lebih dari 7 hari sebelum tarikh pengajian bermula
[75%] Kurang dari 7 hari dari tarikh pengajian bermula
[50%] Selepas dan tidak lebih 7 hari dari tarikh pengajian bermula
[0%] Selepas 7 hari dari tarikh pengajian bermula

Mulakan Pengajian Islam Anda

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.

Tekan Butang ini Untuk Daftar