Program Sijil Lanjutan Pengajian Islam bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian dalam ilmu Usuluddin dan Syariah seperti ulum al-Quran, Ulum Hadis, Fiqh Ekonomi, Sejarah Perundangan Islam, Tasawuf dan lain-lain lagi. Silibus pengajian ini setara dengan silibus peringkat GCE ‘A’ bagi memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur. Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal.

 

Matlamat Program

  • Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islah sesuai dengan konteks semasa kehidupan di Singapura
  • Mengenali dan memahami bahasa Arab secara asas dan pertengahan.
  • Mendedahkan dan menjelaskan Fikrah Islamiah dan Tasawwur Islami terhadap beberapa aspek kehidupan (ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan tamadun).

Program ini menawarkan dua Laluan

1-SLPI Laluan Mingguan
SLPI mengambil pendekatan sistem trimester dan satu tahun pengajian terbahagi kepada tiga modul. Keseluruhannya, SLPI akan berlangsung selama tiga tahun.
Pada setiap akhir modul akan diadakan peperiksaan. Ini merangkumi ujian bertulis dan ujian lisan. Ujian lisan adalah untuk Modul Al-Quran (hafalan surah-surah pilihan) dan Modul Hadith.

2-SLPI Laluan Ekspres
SLPI dijalankan pada sesi malam adalah sama dengan SLPI hujung minggu. Perbezaan utama adalah dari segi penjadualan kelas. Untuk sesi malam, kelas akan diadakan dua kali dalam satu minggu. Peperiksaan akan diadakan selepas tamat satu modul pembelajaran. Pada keseluruhannya, semua modul boleh ditamatkan dalam jangka masa 1½ tahun.

  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Tamat dan lulus SPI Pergas
  • Tamat Youth aLIVE
  • Pelajar madrasah separuh masa atau madrasah masjid yang telah tamat dan lulus peringkat menengah 4
  • Ahad
    9.00pg – 13.00tgh
    3 tahun, 4 jam pengajian  termasuk waktu rehat
  • Isnin & Rabu
    6.30ptg – 10.00mlm
    1½ tahun, 3½ jam pengajian tidak termasuk waktu rehat

Tempat: PERGAS, Madrasah Aljunied, Masjid Al-Muttaqin dan Masjid Darul Makmur

Mata Pelajaran


Dakwah
Modul ini memberi pengenalan kepada aspek-aspek penting dalam Dakwah dan juga ilmu dalam berdakwah. Topik-topik dalam modul ini merentas daripada perkara asas berkaitan – siapakah juru dakwah, persiapan, akhlak dan kualiti perlu ada sehingga kepada aspek pengurusan dan perancangan dakwah, dan beberapa metodologi dan wasilah yang boleh digunakan. Selain modul memberi penekanan sudut aplikasi  dan penganalisaan masalah dalam isu-isu sosial semasa yang dihadapi oleh pendakwah.

 

Pengenalan Ulum Hadith
Modul ini bertujuan mengenalkan pelajar kepada aspek pengkajian Al-Hadith dari segi sejarah penurunan, pembukuan, pembahagian & penyusunannya. Ia juga akan menyentuh kajian yang berkaitan dengan jenis-jenis Hadith.

 

Pengenalan Ulum Quran
Modul ini membahaskan dengan lengkap ilmu-ilmu al-Qur’ān yang diperlukan oleh pembaca dan penuntut agama zaman sekarang. Pembahasan-pembahasannya disusun begitu rupa agar ia mencerminkan tahap keperluan mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai al-Qur’ān. Modul ini juga merupakan satu-satunya buku ʿUlūm al-Qur’ān yang memuatkan pembahasan penting mengenai kaitan ilmu Sains dan al-Qur’ān.

 

Sejarah Perundangan Islam
Modul ini membahaskan sejarah perundangan Islam dari awal pengutusan Nabi S.A.W sebagai rasul hingga era kemodenan. Pengajian yang menyentuh pembentukan mazhab-mazhab fiqhiyah yang mu’tabar dan juga yang telah pupus.

 

Usul Fiqh
Modul ini akan membina kefahaman fiqh melalui ilmu Usul Fiqh. Memahami terbinanya sesebuah hukum dengan mengaplikasikan ilmu Usul Fiqh oleh para Ulama’ dan kegunaannya dalam menghadapi situasi semasa dan akan datang. Perbahasan mengenai sumber-sumber hukum, kaedah pengambilan hukum, Ijtihad dan taqlid.

 

Tasawwuf
Modul ini memberi penekanan dan amalan mengenai Allah swt dengan lebih dekat. Ia juga membincangkan mengenai pengenalan ilmu tasawuf, istilah-istilahnya, sebab-sebab, kesan-kesan dan pengaruh tersebarnya ilmu ini. Ia juga merangkumi pendedahannya mengenai amalan-amalan dan ajaran ahli tasawwuf.

 

Sistem Kekeluargaan
Modul ini menerangkan konsep umum ilmu fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan dengan bab Perkahwinan. Secara umum, kursus akan menyentuh hal dan keadaan dalam kehidupan harian seorang Muslim dan memperlihatkan perlaksanaan hukum-hakam fiqh secara praktikal. Modul ini akan melanjutkan perbahasan hukum hakam yang berkaitan dengan Bab Munakahat yang merangkumi bab-bab berikut  – Bab Talaq, Iddah, Rujuk, Khuluk, Fasakh, Zihar & Li’an.

Sistem Ekonomi
Modul ini akan melanjutkan perbahasan hukum hakam yang berkaitan dengan Bab Mu’amalat yang merangkumi bab-bab berikut:

Jual Beli, Riba Modal, Hutang Piutang / Pemindahan Hutang, Hibah(Anugerah), Ijarah, Ji’alah (Saguhati),Sulh (Perdamaian),Pemindahan Hutang( Hawalah),Syuf’ah, Pajak (Musaqah), Pinjaman, Syarikat Perniagaan, Qiradh (Mudharabah), Wadi’ah, Luqatah, Gadaian, Jaminan, Perwakilan, Ikrah dan Merampas.

 

Bahasa Arab Asas
Modul  ini secara umumnya melatih pelajar kemahiran menyebut, membaca dan menulis perkataan atau perbualan yang sering digunakan di dalam bahasa arab. Ia juga mendedahkan kepada pelajar pengetahuan, kefahaman dan kemampuan aplikasi asas tatabahasa Arab.

Kod Kursus

Course CodeCourse Title
SUIH01Hadith : Ulumul Hadith 1
SUIH02Hadith : Ulumul Hadith 2
SSPI01Fiqh : Sejarah Perundangan 1
SSPI02Fiqh : Sejarah Perundangan 2
SSKI01Fiqh : Sistem Kekeluargaan - Fiqh Munakahat 1
SSKI02Fiqh : Sistem Kekeluargaan - Fiqh Munakahat 2
SSEI01Fiqh : Sistem Ekonomi - Fiqh Mua'malat 1
SSEI02Fiqh : Sistem Ekonomi - Fiqh Mua'malat 2
SUUF01Fiqh : Usul Fiqh
SDDK01Dakwah : Dakwah Islamiah
SUTF01Akhlak : Tasauf
SAUQ01Tafsir : Ulum Al-Quran 1
SAUQ02Tafsir : Ulum Al-Quran 2
SAUQ03Tafsir : Tafsir Al-Quran
SLBA01Bahasa Arab : Bahasa Arab Klasikal 1A
SLBA02Bahasa Arab : Bahasa Arab Klasikal 1B

Setiap pelajar wajib lulus dalam hafalan Al-Quran dan Hadith untuk dikurniakan sijil lulus SLPI.

 

 

Penilaian

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.

Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester:

1- Secara Umum

Penilaian Bilik Darjah Kehadiran Peperiksaan
Kursus-Kursus Umum 30% 10% 60%

2- Secara Khusus

Penilaian Bilik Darjah Kehadiran Peperiksaan
Kursus Al-Quran & Hadith 20%(Hafalan) 20%(Penulisan) 10% 50%(Hafalan & Penulisan)

Pelajar perlu menduduki peperiksaan menulis dan menghafal dalam satu masa.

Pengambilan Pertama: Januari
Pendaftaran bermula di bulan Oktober, dan berakhir di bulan November.

Pengambilan Kedua: Julai
Pendaftaran bermula di bulan Mei, dan berakhir di bulan Jun.

 

 

Arahan:

  • Borang pendaftaran melalui “online”
  • Salinan sijil akademik, transkrip peperiksaan serta sijil-sijil sampingan yang bersesuaian
  • Sekeping gambar berukuran saiz paspot anda

Yuran

A)SLPI Mingguan:

Pendaftaran & Administrasi $150
Yuran pengajian $350 untuk trimester 1 & 3 dan $280 untuk trimester 2
 Struktur pembayaran
$350 (Pembayaran pertama)
$74 (setiap bulan untuk 35 bulan)
*Pelajar diwajibkan menggunakan Giro

Yuran tidak termasuk buku dan nota.

 

 B) SLPI Ekspres:

Pendaftaran & Administrasi $150
Yuran pengajian $350 untuk trimester 1 & 3 dan $280 untuk trimester 2
 Struktur pembayaran $350 (Pembayaran pertama)
$148 (setiap bulan untuk 17 bulan)
$74 (pembayaran terakhir)
*Pelajar diwajibkan menggunakan Giro

Pelajar yang ingin menarik diri daripada mana-mana kursus program dengan sebab-sebab yang tertentu perlu berbuat demikian secara bertulis kepada IPIP. Pelajar yang menarik diri dari program selama lebih daripada 2 semester perlu mendaftar semula sekiranya mereka ingin meneruskan program ini.

Mulakan Pengajian Islam Anda

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.

Tekan Butang ini Untuk Daftar