Program Sijil Pengajian Islam bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian Fardu Ain, Tafsir, Hadis dan Tajwid. Silibus pengajian ini setara dengan silibus IRK peringkat GCE ‘O’ bagi memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur. Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal.

 

Matlamat Program

  • Melahirkan individu Muslim yang memahami Agama Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islah sesuai dengan konteks semasa kehidupan di Singapura.
  • Menyiapkan pelajar dengan kefahaman asas dalam fardhu ‘ain dan ilmu-ilmu Islam.
  • Membaca Al-Quran dengan lancar berserta tajwid.

Program ini menawarkan dua Laluan

SPI laluan Mingguan

SPI mengambil pendekatan sistem tri-semester dan satu tahun pengajian terbahagi kepada tiga modul. Keseluruhannya, SPI ini akan berlangsung selama dua tahun.

Pada setiap akhir modul akan diadakan peperiksaan. Ini merangkumi ujian bertulis dan ujian lisan. Ujian lisan adalah untuk Modul al-Quran (hafalan surah-surah pilihan) dan Modul Hadith.

SPI laluan Ekspres

SPI laluan ekspres dijalankan pada sesi malam adalah sama dengan SPI hujung minggu. Perbezaan utama adalah dari segi penjadualan kelas. Bagi sesi malam, kelas akan diadakan dua kali dalam satu minggu. Peperiksaan akan diadakan selepas tamat satu modul pembelajaran. Pada keseluruhannya, 6 modul akan ditamatkan dalam jangka masa setahun.

  • Berumur 16 tahun ke atas.
  • Tamat PTI PERGAS.
  • Individu yang pernah mengikuti kursus fardhu ‘ain yang diiktiraf.
  • Mampu membaca Al-Quran.

SPI laluan Mingguan & Harian      
Ahad
9.00pg – 13.00tgh
2 tahun (6 trimester)
4 jam pengajian  termasuk waktu rehat

SPI Laluan Ekspres
Isnin & Rabu
6.30ptg – 10.00mlm
1 tahun (6 trimester)
3.5 jam pengajian tidak termasuk waktu rehat

Tempat: PERGAS, Madrasah Aljunied, Darul Huffaz and Masjid Al-Muttaqin

 

Mata Pelajaran


Tauhid

Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Tauhid dan kepentingannya. Ia kemudian akan membahaskan tajuk-tajuk rukun iman yang enam. Dari bab beriman kepada Allah hingga beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah. Secara umumnya, modul ini akan memberi pengenalan dan mukadimah kepada Ilmu Aqidah dan akan menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Makrifat kepada Allah dan sifat-sifatnya, hal ehwal Kenabian, tanda-tanda Kiamat dll. Pengajaran Akidah ini berdasarkan / berpegang dengan aliran golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

 

Hadis

Modul ini memberi singkapan awal terhadap pengertian Hadis Nabawi dan istilah-istilah yang diguna pakai dalam pengajian Hadis dan Teks Hadis. Modul ini juga memperkenalkan kepada pelajar beberapa tokoh terkemuka dalam pengajian hadis. Dalam masa yang sama, pelajar akan mempelajari beberapa hadis-hadis pilihan dari kitab al-‘Arbain an-Nawawiyah dan hadis Sahih Imam Bukhari.

Lulus ujian Lisan pelajar akan diuji di dalam bidang-bidang berikut:

B) Al-Hadis:

  1. Pelajar dikehendaki menghafal hadis-hadis daripada Hadis yang dipelajari.
  2. Pelajar mesti menghafal nas hadis dengan terjemahannya.
  3. Pelajar juga perlu mengetahui inti, maksud serta pengajaran daripada hadis yang dihafal.

 

Sirah Nabawiyyah

Modul ini akan mendedahkan pelajar tentang kepentingan pengetahuan Sirah Nabawiyyah dalam memahami Islam. Ia membincangkan tentang hal keadaan masyarakat dunia secara amnya dan masyarakat Arab jahiliyah secara khusus sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w sehingga kewafatannya. Selanjutnya ia akan menyentuh tentang permulaan hijrah, hal masyarakat di Madinah dunia secara amnya, keadaan selepas hijrah, peperangan dalam sejarah Rasulullah s.a.w menurut susunan kronologi. Ia juga menerangkan tentang zaman pemerintahan Khulafa’ Rasyidin, seterusnya menyentuh peristiwa-peristiwa dalam sejarah sahabat Rasulullah. Kemudian ianya akan mencakupi penerangan mengenai pemerintahan selepas itu iaitu Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Tajuk yang akan disentuh adalah pembentukan, kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah.  Di samping itu, pelajaran ini juga dapat mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah serta mencontohi akhlak mulia beliau baginda.

 

Tafsir

Modul ini menerangkan tentang kepentingan memahami tuntutan Allah s.w.t yang terkandung dalam Al-Quran dari Juz ‘Amma. Setiap surah mempunyai huraian dan kesimpulan. Kursus ini juga akan menerangkan secara am dan  ringkas perbahasan yang berkaitan dengan ilmu Usul at-Tafsir. Ia juga  mengupas maksud, hukum-hakam, kisah-kisah & pengajaran daripada surah-surah pilihan.

 

Lulus ujian Lisan pelajar akan diuji di dalam bidang-bidang berikut:

A) Al-Quran:

  1. Tilawah & Hafalan: Pelajar mesti dapat membaca dan menghafal al-Quran dengan bertajwid

 

Fiqh

Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan bab Ibadat. Pengajian akan menyentuh hukum berkaitan taharah, solat, zakat, puasa dan Haji. Secara umum, kursus akan menyentuh mengenai hal dan keadaan kehidupan harian seorang Muslim. Ia juga akan memperlihatkan pelaksanaan hukum-hukam (Fiqh) secara praktikal. Pengajaran Fiqh ini berdasarkan pegangan mazhab Imam Syafie.

 

Tajwid

Modul ini akan memperkenalkan kepada ilmu Tajwid Al-Quran dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya yang merangkumi hukum Nun Sakinah & Tanwin, Mim Sakinah, Bahagian Idgham,  Mad & Qasar, Huruf- Huruf di awal Surah , Waqf & Ibtida’ , Saktah , Sujud Tilawah , Hamzah Bersambung , Rasm Utsmani & Tanda Bacaan gan pembacaan Al-Quran yang meliputi hukum-hukum Tajwid pada peringkat permulaan.

Kod Kursus

Course CodeCourse Title
SUAG01AQIDAH 1: PENGENALAN KEPADA RUKUN IMAN
SUAG02AQIDAH 2: KEPENTINGAN AQIDAH & BAHAYA
KUFUR
SUHN01PENGAJIAN HADIS NABAWI 1: HADIS IMAN &
AKHLAK PENGAJIAN HADIS NABAWI
SUHN02PENGAJIAN HADIS NABAWI 2: SOSIOLOGI
SEORANG MUKMIN
SATQ01PENGAJIAN TAFSIR 1: JUZ ‘AMMA AYAT-AYAT IMAN
SATQ02PENGAJIAN TAFSIR 2: HIDAYAH AL-QURAN
SATJ01TAJWID AL-QURAN 1
SATJ02TAJWID AL-QURAN 2
SUSN01SIRAH NABAWIYAH 1: ZAMAN PARA
KENABIAN & RISALAH
SUSN02SIRAH NABAWIYAH 2: SELEPAS ERA HIJRAH
SSFI01PENGANTAR FIQH ISLAM 1: EHWAL
THOHARAH, SOLAT & PUASA
SSFI02PENGANTAR FIQH ISLAM 2: EHWAL ZAKAT
& HAJI

Setiap pelajar wajib lulus dalam hafalan Al-Quran dan Hadith untuk dikurniakan sijil lulus SPI.

Penilaian

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.

Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester:

1- Secara Umum

Penilaian Bilik Darjah Kehadiran Peperiksaan
Kursus-Kursus Umum 30% 10% 60%

 

2- Secara Khusus

Penilaian Bilik Darjah Kehadiran Peperiksaan
Kursus Al-Quran & Hadith 20%(Hafalan) 20%(Penulisan) 10% 50%(Hafalan & Penulisan)

Pelajar perlu menduduki peperiksaan menulis dan menghafal dalam satu masa.

Pengambilan Pertama: Januari
Pendaftaran bermula di bulan Oktober, dan berakhir di bulan November.

Pengambilan Kedua: Julai
Pendaftaran bermula di bulan Mei, dan berakhir di bulan Jun.

Arahan:

  • Borang pendaftaran melalui “online”
  • Salinan sijil akademik, transkrip peperiksaan serta sijil-sijil sampingan yang bersesuaian
  • Sekeping gambar berukuran saiz paspot anda

 

SPI Mingguan

Pendaftaran & Administrasi $150
Yuran pengajian $300 untuk trimester 1 & 3 dan $240 untuk trimester 2
 Struktur pembayaran $300 (Pembayaran pertama)
$69 (setiap bulan untuk 20 bulan)
*Pelajar diwajibkan menggunakan Giro

 

 SPI Ekspres

Pendaftaran & Administrasi $150
Yuran pengajian $300 untuk trimester 1 & 3 dan $240 untuk trimester 2
 Struktur pembayaran $300 (Pembayaran pertama)
$138 (setiap bulan untuk 10 bulan)
*Pelajar diwajibkan menggunakan Giro

 

Penarikan Diri (peratus yang dikembalikan)

  • 2 minggu sebelum program bermula: 100%
  • Kurang dari 2 minggu: 50%
  • Selepas program bermula: 0%

Pelajar yang ingin menarik diri daripada mana-mana kursus program dengan sebab-sebab yang tertentu perlu berbuat demikian secara bertulis kepada IPIP. Pelajar yang menarik diri dari program selama lebih daripada 2 semester perlu mendaftar semula sekiranya mereka ingin meneruskan program ini.

Mulakan Pengajian Islam Anda

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.

Tekan Butang ini Untuk Daftar