12 Sebab Mengapa Pendidikan di IPIP Menjadi Pilihan

  • Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) di bawah naungan Persatuan Ulama & Guru-Guru Islam Singapura.
  • Satu-satunya persatuan ulama yang berdaftar di Singapura.
  • Kurikulum Pengajian Islam yang merangkumi kepelbagaian jurusan (Syariah, Usululuddin, Tamadun, Budaya & Bahasa) dari sudut pengisiannya.
  • Pendekatan mengajar yang digunakan berpusatkan pelajar dan Asatizah. Keunikan yang terdapat di sini adalah pendekatan tradisional & konservatif.
  • Asatizah yang berdedikasi. Berlatarkan pengalaman yang berbagai, kelulusan dan jurusan. Setiap Asatizah di iktiraf di bawah Asatizah Recognition Scheme (ARS). Asatizah juga telah melalui kursus-kursus pengayaan latihan pendidikan.
  • Integrasi di antara modul-modul seperti bahasa dan syariah, pelajar akan mempelajari Fiqh dalam Subjek Bahasa Arab.
  • Mempunyai jalur pengajian yang berstruktur dari peringkat asas sehingga ke peringkat sarjana muda.
  • Mendapat pengiktirafan dan kerjasama bagi menyambung pengajian di peringkat sarjana muda UIA.
  • Taraf pengajian SPI adalah peringkat O dan SLPI di peringkat A. Pelajar boleh meneruskan pengajian diluar negara dengan kelulusan tersebut mengikut syarat- syarat kemasukan universiti yang tertentu.
  • Membentuk keyakinan diri dan kepimpinan melalui program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Pelajar Pergas. Pelajar IPIP juga diberi ruang untuk menyumbang kepakaran, kemahiran dan tenaga. Perlaksanaan program difasilitasi oleh Asatizah.
  • Memberi sokongan pembelajaran dari sudut kelemahan bacaan al-Quran melalui program yang khusus.
  • Tambahan selain pengajian iaitu seminar dan pembacaan kitab turath bersama Asatizah yang menerima ijazah (bersanad).

Mulakan Pengajian Islam Anda

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami melalui emel, atau telefon 6346 9351 / 6346 9354.

Tekan Butang ini Untuk Daftar