Proses Pendaftaran

Program Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab

  • Setiap bahagian dalam pendaftaran “online”  perlu disikan dengan lengkap. Sila pastikan ruangan maklumat yang diminta terisi dengan lengkap dan jelas sebelum menghantar borang, tiada perubahan dibenarkan selepas itu.
  • Salinan dokumen-dokumen perlu dihantar bersama borang pendaftaran yang telah dicetak dalam masa seminggu dari tarikh penerimaan penghantaran “online”.
  • Proses permohonan akan lewat atas sebab-sebab kekurangan dokumen yang diperlukan. Dokumen-dokumen tersebut tidak akan dikembalikan.
  • Penyerahan sijil dan dokumen asli tidak dibenarkan. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan dokumen tersebut.

Permohonan akan diberikan mengikut aturan tersebut:

  • Borang permohonan yang diisi dan dicetak, pengesahan tandatangan beserta sekeping gambar berukuran saiz paspot anda.
  • Salinan Kad Identiti (depan dan belakang) atau salinan paspot yang mengandungi maklumat.
  • Salinan sijil akademik
  • Salinan transkrip peperiksaan atau keputusan peperiksaan bagi yang belum menerima transkrip
  • Salinan sijil-sijil sampingan yang bersesuaian

Informasi Pembayaran

Program Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab

Yuran Pendaftaran

  • ‘crossed’ cek harus ditulis dengan nama ‘PERGAS’
  • tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dialihkan kepada orang lain

Yuran Pengajian

  • Pembayaran yuran penuh perlu dibuat sebelum kelas Program Takrif Islam dan Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian al-Quran bermula.
  • Pembayaran yuran semester pertama perlu dibuat sebelum kelas Sijil Pengajian Islam dan Sijil Lanjutan Pengajian Islam bermula.
  • Pembayaran yuran 3 bulan pertama Diploma Pengajian Islam perlu dibuat sebelum semester bermula.

Pelajar yang tidak membuat pembayaran tidak dibenarkan memasuki pengajian.

Penarikan diri

  • Pelajar yang menarik diri selepas pengajian bermula maka dikenakan ke atasnya yuran penuh. Ini bermakna pelajar itu wajib melunaskan baki yuran kursus yang tertunggak. Pelajar yang membayar secara bulanan juga tertakluk kepada undang-undang ini.
  • Setiap permohonan penarikan diri perlu dilakukan secara bertulis.
  • Sila rujuk rajah di bawah berkaitan dengan hal penarikan diri :
Tempoh Penarikan DiriPeratusan Yuran Dikembalikan
2 minggu sebelum pengajian bermula100 %
Kurang dari 2 minggu50 %
Selepas pengajian bermula0%

PERGAS berhak untuk melakukan perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Permohonan dan bayaran harap dihantarkan ke:

Institut Pengajian Islam Pergas
Wisma Indah, 448 Changi Rd
#03-01
Singapore 419975

 

Begin Your Learning Journey Today!

Or if you have any questions, feel free to send us an email, or call us at 6346 9351 or 6346 9354.

Click Here to Register