Latar Belakang

Majlis Pelajar Pergas adalah badan pelajar yang terdiri daripada pelajar dan alumni Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP). Ia telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan matlamat untuk menyediakan pelajar melalui pengajian di bilik darjah kepada pengalaman sebenar. Pelajar akan dibentuk sebagai aset mahupun agen pendakwah bagi keluarga, masyarakat dan individu.

Visi

Ke arah penyatuan hati dan minda yang diinspirasikan oleh Para Ulama.

 

Misi

Menganjurkan program holistik dengan bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan pelajar. Mencapai matlamat ke arah pembentukan individu dan masyarakat demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

 

Moto

Untuk Menjangkau, Untuk Membangun, Untuk Mengenali