Hope

Latar Belakang

Hari Orientasi Pelajar (HOPe) adalah acara satu hari untuk menyambut dan memperkenalkan pelajar baru daripada Institusi Pengajian Islam Pergas (IPIP), institusi pengajian Islam yang dibentuk oleh PERGAS. Dijalankan dua kali setahun sebelum permulaan setiap semester, HOPe dibimbing oleh asatizah penasihat, Ustazah Haslinda binti Hassan. Acara itu dianjurkan oleh jawatankuasa HOPe di bawah penyeliaan asatizah penyelia MPP, Ustazah Roslina Bte Ismail, bagi pihak IPIP.

Rangka Acara

Sesi pengenalan sesama pelajar dalam bentu permainan dan juga ucapan motivasi. Pelajar akan diberi peluang untuk berinteraksi untuk mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, supaya semangat mereka membakar terang sepanjang perjalanan di IPIP.

Objektif

  • Untuk mendedahkan pelajar-pelajar mengikuti pendidikan Islam di PERGAS
  • Untuk mempamerkan imej cemerlang pelajar PERGAS kepada orang ramai
  • Untuk membentuk belia yang menjadi pemimpin agama pada masa akan datang
  • Untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu global semasa yang berkaitan dengan Islam
  • Untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang akan melengkapkan mereka untuk menjadi pendakwah Islam (Da’i).

Organizational Chart

 

 Gallery