Di IPIP, kami menawarkan program-program pengajian Islam yang berstruktur dari program asas, ke diploma. IPIP juga berkerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk menawarkan program sarjana muda dalam bidang ilmu wahyu dan warisan Islam. Selain itu, kami juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek, seperti Pengajian Al-Quran dan Pengajian Bahasa Arab.
Kursus-kursus ini sesuai bagi yang tidak pernah ikuti sebarang kelas secara berstruktur.
Jangkamasa kursus-kursus ini tidak mengambil lebih dari 9 bulan bagi setiap peringkat.
Program-program ini adalah sebuah kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) telah menjadi pilihan ramai pelajar untuk pengajian Islam dan pembelajaran Bahasa Arab sejak tahun 1986. Ketahui Lebih Lanjut
" مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ "
“Barang siapa Allah inginkan kebaikan (khair) untuknya akan Allah memahamkan dia akan Agamanya (Tafaqquh fi al-Din)"
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah, Malik, Darimi)