6 Soalan untuk Puan Norita Rahman

  1. Apakah kebimbangan yang anda hadapi semasa ingin mengikuti pengajian di IPIP?

Pada mulanya saya agak gementar sebab belum pasti kalau saya dapat “fit into the class”.

  1. Apakah yang anda temui/dapati setelah akhirnya memilih IPIP untuk mengikuti kursus Pengajian Al-Quran?

Saya rasa bersyukur kerana dapat menimba banyak ilmu dalam memperbaiki bacaan al-quran. Tiada istilah jemu sebab setiap minggu saya pelajari perkara-perkara baru dalam hukum tajwid.

  1. Jelaskan apakah perasaan anda apabila telah mengikuti Pengajian Al-Quran sehingga ke peringkat Talaqqi?

Saya amat bersyukur dan gembira akhirnya dari PAQ 1 hingga selesai mengambil peperiksaan lisan sewaktu PAQ 3 akhirnya dapat ikuti kelas Talaqqi. Insha Allah selepas tamat kelas talaqqi ini IPIP dapat adakan kelas lebih intensif selanjutnya buat kami.

  1. Apakah satu perkara utama yang anda minat tentang Pengajian Al-Quran di IPIP? Jelaskan.

Sewaktu PAQ 1-3, kami menggunakan buku rujukan dan terdapat juga pembacaan secara individu di dalam kelas. Ustaz yang membimbing pula dapat menegur pembacaan saya dengan tepat . Itu hala tuju saya yang utama iaitu ingin mendengar seberapa banyak teguran untuk saya perbaiki dari masa ke semasa. Dan juga ustaz yang mengajar sangat memberi galakan terhadap kami yang masih belajar.

  1. Apakah 3 perkara lain yang terus mendorong anda untuk meneruskan Pengajian Al-Quran hingga ke peringkat Talaqqi?
  • Bercita-cita untuk menjadi pelapis guru al-quran di masa hadapan Insha Allah
  • Berkongsi ilmu bersama keluarga
  • Mencabar diri sendiri untuk membaca quran dengan lebih baik
  1. Adakah anda akan sarankan kepada mereka yang di luar sana untuk mengikuti Pengajian Al-Quran di IPIP? Mengapa?

Ya, saya sarankan pada mereka yang berminat utk mendalami tajwid dan membaiki bacaan al-quran untuk mengikutinya di IPIP. Modul Pengajian Al-Quran di IPIP sangat tersusun. Dari peringkat PAQ 1 kami diajar dari asas tentang sebutan huruf hijaiyah yang tepat dan melalui proses pembelajaran tajwid bertahap-tahap sehingga memperoleh keyakinan untuk membaca al-quran dengan lebih baik dari masa ke semasa. Usaha tidak berhenti di situ, perlu terapkan juga bacaan al-quran yang berterusan di rumah.

Kongsi kisah ini:

Baca kisah-kisah berikut

Institut Pengajian Islam Pergas
Testimoni

Pengajian Islam dapat permintaan tinggi

Pendidikan Islam berstruktur yang disediakan oleh Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP), mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelajar yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agama Islam, tanpa mengira usia mereka.

Baca Lebih Lanjut »