6 Soalan untuk Puan Norita Rahman

  1. Apakah kebimbangan yang anda hadapi semasa ingin mengikuti pengajian di IPIP?

Alhamdullilah, saya tiada merasa kebimbingan mengikuti pengajian di IPIP. Malahan, saya sangat berminat untuk mendalami ilmu-ilmu ukhrawi yang sedia ada.

  1. Apakah yang anda temui/dapati setelah akhirnya memilih IPIP untuk mengikuti kursus Pengajian Al-Quran?

Kursus Pengajian Al-Quran di IPIP mempunyai 3 peringkat iaitu asas, pertengahan dan Talaqqi. Program sebegini boleh membantu pembacaan saya dengan cara bertahap-tahap dan lebih sempurna. Kami memilih IPIP Pengajian Al-Quran di IPIP kerana ia mempunyai 3 peringkat (Asas, Pertengahan dan Talaqqi) dalam satu bumbung untuk kursus tersebut berbeza daripada institusi yang lain. Justeru, ia memudahkan kami untuk meneruskan Pengajian Al-Quran di IPIP.

  1. Jelaskan apakah perasaan anda apabila telah mengikuti Pengajian Al-Quran sehingga ke peringkat Talaqqi?

Alhamdullilah saya bersyukur dapat mengikuti pengajian tersebut kerana berbagai ilmu yang saya pelajari seperti mengenali tajwid secara mendalam, sejarah Pengajian Al-Quran secara asas, membaca secara individu untuk mengetahui kesilapan pembacaan sendiri dan lain-lain lagi.

  1. Apakah satu perkara utama yang anda minat tentang Pengajian Al-Quran di IPIP? Jelaskan.

Bimbingan daripada asatizah kerana mereka mengajar secara terperinci.

  1. Apakah 3 perkara lain yang terus mendorong anda untuk meneruskan Pengajian Al-Quran hingga ke peringkat Talaqqi?
  • Minat untuk meningkatkan bacaan saya.
  • Hendak mendalami lebih lanjut bacaan cara bertajwid.
  • Mengetahui sejarah Al-Quran melalui Qiraatnya dan lain-lain lagi.
  1. Adakah anda akan sarankan kepada mereka yang di luar sana untuk mengikuti Pengajian Al-Quran di IPIP? Mengapa?

Insya allah, saya akan sarankan jika ada seseorang berminat untuk menyertai Pengajian Al Quran di IPIP. Saranan kami ialah ilmu pengajaran yang disampaikan amat mudah difahami dan diikuti tanpa ada rasa tekanan.

Kongsi kisah ini:

Baca kisah-kisah berikut

Institut Pengajian Islam Pergas
Testimoni

Pengajian Islam dapat permintaan tinggi

Pendidikan Islam berstruktur yang disediakan oleh Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP), mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelajar yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agama Islam, tanpa mengira usia mereka.

Baca Lebih Lanjut »