Pendaftaran untuk Program Pengajian Islam dan Kursus Singkat telah dibuka! |
Majlis Pelajar Pergas adalah badan pelajar yang terdiri daripada pelajar dan alumni Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP). Ia telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan matlamat untuk menyediakan pelajar melalui pengajian di bilik darjah kepada pengalaman sebenar. Pelajar akan dibentuk sebagai aset mahupun agen pendakwah bagi keluarga, masyarakat dan individu.
Hari Orientasi Pelajar (HOPe) merupakan program di dalam satu hari untuk menyambut dan memperkenalkan pelajar baru berkenaan sistem pendidikan di IPIP. Diadakan dua kali setahun sebelum bermula pengajian. Program ini dianjurkan oleh jawatankuasa HOPe dan di bawah penyeliaan pihak IPIP.
Matlamat Hari Orientasi Pelajar (HOPe) adalah:
Sesi taaruf antara pelajar dilaksanakan dalam bentuk permainan agar pelajar diberi peluang berinteraksi dan mengukukuhkan ukhuwah antara mereka. Ucapan motivasi yang bertemakan Ilmu, Iman dan Amal juga akan disampaikan oleh asatizah. Ia bertujuan agar dapat membakar semangat para peserta di dalam menuntut ilmu sepanjang perjalanan di IPIP. Selain itu, perkongsian bersama asatizah IPIP berkenaan modul yang dipelajari turut dikongsikan.
Adopted Charity adalah satu program kemasyarakatan pada bulan Ramadan yang bermula pada tahun 2011 dan dianjurkan oleh Majlis Pelajar Pergas. Matlamat Adopted Charity adalah untuk memperkenalkan dakwah, mendekati dan mendidik anak remaja. Kami bekerjasama dengan komiti AC dari Pergas dan organisasi yang lain untuk menyemai nilai keluarga Islam.
Tadarus al-Quran telah dimulakan pada tahun 2010. Ia merupakan program tahunan yang diadakan setiap hari Ahad pada bulan Ramadhan untuk pelajar IPIP dan orang awam. Ia terdiri daripada sesi tadarus al-Quran dan diakhiri dengan Majlis Khatam al-Quran.
Para peserta akan dibentuk 5 hingga 10 kumpulan dengan seorang Pentasmi’ di dalam setiap kumpulan. Mereka akan membaca 10 juz pada setiap minggu sehingga melengkapkan keseluruhan al-Quran pada minggu ketiga. Majlis Khatam al-Quran akan diraikan dengan kehadiran para peserta IPIP, asatizah IPIP, alumni dan orang awam. Selepas setiap bacaan doa, sesi tazkirah berkaitan kepentingan membaca al-Quran dan mengkhatamnya turut dikongsikan.
Matlamatnya adalah untuk memupuk ikatan antara pelajar IPIP, asatizah IPIP dan orang awam melalui pembacaan al-Quran.
Share page ini: