Polisi Privasi

IPIP amat prihatin tentang isu privasi dan kami ingin anda mengetahui bagaimana kami mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat. Kesemua maklumat ini tertakluk kepada Akta Perlindungan Peribadi Singapura atau PDPA. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Untuk pengetahuan anda, Polisi Privasi ini meliputi pengumpulan dan penggunaan maklumat untuk laman web ini, https://ipip.sg. Laman ini adalah milik IPIP.

Dengan menggunakan laman ini, ini bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang terkandung dalam polisi privasi ini.

Tentang IPIP

Institut Pengajian Islam Pergas (“IPIP”) ialah institut di bawah naungan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam (Singapura) (Singapore Islamic Scholars and Religious Teachers Association) (“Pergas”). Pergas ialah persatuan yang berdaftar di Singapura:

  • UEN: S57SS0012G
  • Tarikh Pendaftaran: 20/02/1957
  • Alamat: 448 Changi Road #03-01 Wisma Indah Singapore 419975

Pengumpulan Maklumat

Maklumat yang kami kumpulkan termasuk biodata, maklumat perhubungan, pertanyaan, permintaan dan maklum balas anda, apabila anda mendaftar untuk menerima surat berita kami, apabila anda hubungi kami melalui borang hubungi kami, apabila anda melayari laman web kami, atau apabila anda menghantar emel kepada kami.

Tujuan Pengumpulan Maklumat

Maklumat yang dibekalkan oleh anda kepada kami boleh diproses untuk tujuan-tujuan berikut:

  • untuk berkomunikasi dengan anda;
  • untuk mengekalkan dan meningkatkan hubungan pelanggan;
  • untuk menilai, memproses dan menyediakan program-program kepada anda;
  • untuk mentadbir dan memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan program yang anda minta;
  • untuk bertindak balas kepada pertanyaan atau sebarang urusan dengan kami;
  • untuk memberi anda maklumat atau kemas kini mengenai program yang akan ditawarkan oleh kami atau acara yang dianjurkan oleh kami dari semasa ke semasa;
  • untuk mengekalkan dan mengemas kini penyimpanan rekod dalaman;
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman;
  • untuk memantau, mengkaji dan memperbaiki program atau perkhidmatan kami

Pentadbiran Maklumat

IPIP mungkin menzahirkan maklumat anda kepada pihak berikut (melainkan anda menyatakan selainnya):

  • mana-mana staf IPIP atau Pergas yang menjalankan tugas berkaitan
  • kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan IPIP atau Pergas tanpa persetujuan anda.

Cookies

Laman web kami menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman pengguna apabila melayari laman web kami. Teknologi yang kami gunakan untuk menganalisasi laman web kami seperti Google Analytics, Facebook Pixels atau serupanya juga menggunakan cookies untuk mengumpul maklumat mengenai bilangan pengunjung yang melayari laman web ini dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Kesemua 

Hubungi Kami

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi privasi ini.