Pendaftaran untuk Program Pengajian Islam dan Kursus Singkat telah dibuka! |
Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) di bawah naungan Persatuan Ulama & Guru-Guru Agama Islam Singapura.
Kurikulum Pengajian Islam yang merangkumi kepelbagaian jurusan (Syariah, Usuluddin, Tamadun, Budaya & Bahasa) dari sudut pengisiannya.
Asatizah yang berdedikasi. Berlatarkan pengalaman yang berbagai, kelulusan dan jurusan. Setiap Asatizah diiktiraf di bawah Asatizah Recognition Scheme (ARS). Asatizah juga telah melalui kursus-kursus pengayaan latihan pendidikan.
Mempunyai jalur pengajian yang berstruktur dari peringkat asas sehingga ke peringkat sarjana muda.
Taraf pengajian SPI adalah peringkat O dan SLPI di peringkat A. Pelajar boleh meneruskan pengajian di luar negara dengan kelulusan tersebut mengikut syarat-syarat kemasukan universiti yang tertentu.
Memberi sokongan pembelajaran dari sudut kelemahan bacaan al-Quran melalui program yang khusus.
Satu-satunya persatuan Ulama yang berdaftar di Singapura.
Pendekatan mengajar yang digunakan berpusatkan pelajar dan Asatizah. Keunikan yang terdapat di sini adalah pendekatan tradisional & konservatif.
Integrasi di antara modul-modul seperti bahasa dan syariah, pelajar akan mempelajari Fiqh dalam Subjek Bahasa Arab.
Mendapat pengiktirafan dan kerjasama bagi menyambung pengajian di peringkat sarjana muda UIA.
Membentuk keyakinan diri dan kepimpinan melalui program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Pelajar Pergas. Pelajar IPIP juga diberi ruang untuk menyumbang kepakaran, kemahiran dan tenaga. Perlaksanaan program difasilitasi oleh Asatizah.
Tambahan selain pengajian iaitu seminar dan pembacaan kitab turath bersama Asatizah yang menerima ijazah (bersanad).
Share page ini: