Yuran Pendaftaran
- ‘crossed’ cek harus ditulis dengan nama ‘PERGAS’
- tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dialihkan kepada orang lain
Yuran Pengajian
- Pembayaran yuran penuh perlu dibuat sebelum kelas Program Takrif Islam dan Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian al-Quran bermula.
- Pembayaran yuran semester pertama perlu dibuat sebelum kelas Sijil Pengajian Islam dan Sijil Lanjutan Pengajian Islam bermula.
- Pembayaran yuran 3 bulan pertama Diploma Pengajian Islam perlu dibuat sebelum semester bermula.
- Yuran tertakluk kepada 7% GST bermula 1 November 2020.
Pelajar yang tidak membuat pembayaran tidak dibenarkan memasuki pengajian.
Penarikan diri
- Pelajar yang menarik diri selepas pengajian bermula maka dikenakan ke atasnya yuran penuh. Ini bermakna pelajar itu wajib melunaskan baki yuran kursus yang tertunggak. Pelajar yang membayar secara bulanan juga tertakluk kepada undang-undang ini.
- Setiap permohonan penarikan diri perlu dilakukan secara bertulis.
- Sila rujuk rajah di bawah berkaitan dengan hal penarikan diri :
Peratusan yuran dikembalikan |
Jika tempoh penarikan diri pelajar diterima secara bertulis dalam jangkamasa |
100% |
Lebih dari 7 hari sebelum tarikh pengajian bermula |
75% |
Kurang dari 7 hari dari tarikh pengajian bermula |
50% |
Selepas dan tidak lebih 7 hari dari tarikh pengajian bermula |
0% |
Selepas 7 hari dari tarikh pengajian bermula |