Pendaftaran untuk Program Pengajian Islam dan Kursus Singkat telah dibuka! |
Program ini disediakan untuk penuntut yang telah tamat dan lulus Sijil Lanjutan Pengajian Islam Pergas atau penuntut menengah 4 madrasah sepenuh masa. Ia juga dibuka kepada penuntut yang mempunyai sijil kursus lain yang setaraf (akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pendidikan Pergas). Penuntut juga harus mempunyai latar belakang pembelajaran asas Bahasa Arab.
Melengkapkan peserta dengan ilmu-ilmu alat untuk membantu memahami Islam dan hukum-hukum Islam dengan lebih jelas.
Menjelaskan dan melatih peserta akan kepentingan dakwah, dasar-dasar dakwah & pemikiran dakwah Islamiah.
Membentuk pemikiran yang lebih kreatif dan kritikal mengikut perspektif Islam.
2 Tahun
Melayu
Jumaat 7.30mlm-10.10mlm
Sabtu 2.30ptg-8.30mlm
Wisma Indah
Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.
2023 (termasuk 8% GST)
Pendaftaran & Administrasi | $162 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $1620 (satu semester) |
Struktur Pembayaran
Pelajar diwajibkan membayar yuran pengajian melalui Giro. Struktur pembayarannya ialah seperti berikut:
Pembayaran Pertama | $810 |
Bulanan | $270 |
2024 (termasuk 9% GST)
Pendaftaran & Administrasi | $163.50 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $1635 (satu semester) |
Struktur Pembayaran
Pelajar diwajibkan membayar yuran pengajian melalui Giro. Struktur pembayarannya ialah seperti berikut:
Pembayaran Pertama | $817.50 |
Bulanan | $272.50 |
IPIP juga menawarkan biasiswa untuk para pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang memerlukan sokongan kewangan tambahan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
*Semua harga yang tertera sudah termasuk GST.
Pengambilan Pertama: Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)
Pengambilan Kedua: Julai (Pendaftaran pada bulan Mei – Jun)
Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.
Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian. Pelajar juga perlu melalui ujian hafalan Al-Quran dari surah Al-Kahfi.
Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester adalah seperti berikut:
Bilik Darjah | 40% | |
Peperiksaan | 60% |
Kongsi program ini: