Diploma Pengajian Islam

  • Bahasa Penyampaian: Melayu
  • 2 tahun
  • Pengambilan: Januari dan Julai

Matlamat Program

Program ini disediakan untuk penuntut yang telah tamat dan lulus Sijil Lanjutan Pengajian Islam Pergas atau penuntut menengah 4 madrasah sepenuh masa. Ia juga dibuka kepada penuntut yang mempunyai sijil kursus lain yang setaraf (akan dipertimbangkan oleh Jabatan Pendidikan Pergas). Penuntut juga harus mempunyai latar belakang pembelajaran asas Bahasa Arab.

Melengkapkan peserta dengan ilmu-ilmu alat untuk membantu memahami Islam dan hukum-hukum Islam dengan lebih jelas.

Menjelaskan dan melatih peserta akan kepentingan dakwah, dasar-dasar dakwah & pemikiran dakwah Islamiah.

Membentuk pemikiran yang lebih kreatif dan kritikal mengikut perspektif Islam.

Program ini menawarkan satu laluan

DPI

Tempoh

2 Tahun

Bahasa

Melayu

Jadual

Jumaat 7.30mlm-10.10mlm /
Sabtu 2.30ptg-8.30mlm

Tempat

Wisma Indah

Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.

Struktur Program

  • Program Diploma ini mengamalkan sistem semester
  • Pengajian separuh masa selama 2 tahun dan terbahagi kepada 2 semester di dalam setahun pengajian
  • Mengandungi jangka masa pendek dan panjang
  • Setiap semester bagi jangka masa panjang: 4 minggu pengajian / 3 minggu peperiksaan / 2 minggu cuti peperiksaan / 4 minggu cuti
  • Setiap semester bagi jangka masa pendek: 2 minggu pengajian / 3 minggu peperiksaan / 2 minggu cuti peperiksaan / 4 minggu cuti
Risalah Program DPI

Butiran Pendaftaran

  • Mempunyai kelayakan atau sijil dalam salah satu yang berikut:
    • Lulus Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI)
    • Pelajar Madrasah Sepenuh masa yang lulus menengah 4
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
    • Lulus Pra Diploma Al-Zuhri
    • Diploma Andalus
    • Sijil-sijil kursus lain yang setaraf dan relevan (akan dipertimbangkan oleh IPIP)
  • Pelajar yang mempunyai latar belakang pembelajaran asas Bahasa Arab
Pendaftaran & Administrasi$150 (Wang tidak akan dikembalikan)
Pengajian$1500 (satu semester)

Struktur Pembayaran*

Pembayaran Pertama$750
Bulanan$250

*Pelajar diwajibkan menggunakan Giro

Pengambilan Pertama: Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)
Pengambilan Kedua: Julai (Pendaftaran pada bulan Mei – Jun)

Klik di sini untuk keterangan lanjut.

  • Bolehkah saya menggunakan SkillsFuture Credit?
    • Tidak boleh buat masa ini.
  • Bolehkah saya memindah kredit (transfer credit) dari program-program lain?
    • Tidak boleh buat masa ini.

Mulakan Diploma Pengajian Islam Anda!​

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.

Modul Program

  • Modul Tahun 1 Semester 1
  • Modul ini akan mengupas mengenai pengertian Iman dan mengaitkan contoh-contoh berbagai bidang kehidupan. Beberapa kisah dan peristiwa besar yang berlaku juga akan dipetik di zaman tertegaknya kerajaan Islam supaya kekuatan akidah dan iman umat terdahulu dapat dicontohi.
  • Modul Tahun 1 Semester 1
  • Modul ini merangkumi tiga aspek penting kajian ilmiah iaitu dari sudut teori, praktikal dan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pengkaji. Ia menjelaskan maksud serta beberapa bentuk kajian ilmiah serta memberi panduan kepada pelajar langkah-langkah yang perlu diambil dalam menghasilkan kajian ilmiah. Ia juga menekankan etika serta sikap bagi seseorang pengkaji agar kajjan tersebut dapat dihasilkan dengan baik.
  • Modul Tahun 1 Semester 1
  • Modul ini akan menggunakan metode tafsir maudhui melalui pemilihan topik tertentu kemudian menghimpun ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan topik kemasyarakatan, Keimanan & Keyakinan terhadap Pencipta dan Keperluan Manusia dalam Al-Quran.
  • Modul Tahun 1 Semester 1
  • Modul ini memperkenal dan  memberi kefahaman berkenaan  pandangan hidup Islam agar menjadi Muslim yang baik yang berpegang pada nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Ia akan menjelaskan beberapa konsep yang berkaitan seperti Rabbani, Syumul, Tawazun dan Al-Thabat. Di antara tajuk-tajuk yang akan disentuh adalah: Makna Tasawwur Islam, Ciri Pandangan Hidup Muslim, Hakikat Tuhan/Insan/Alam, Falsafah Perundangan/Ibadah/Munakahat dalam Islam dan Penyelesaian Masalah menurut Islam.
  • Modul Tahun 1 Semester 2
  • Modul ini akan menggunakan metod hadith maudhui melalui pemilihan topik tertentu kemudian menghimpun hadith-hadith yang berkaitan dengan berbakti kepada ibubapa, silaturrahim bersama orang Islam dan bukan Islam, Kelebihan orang yang berusaha untuk membantu wanita yang tidak bersuami dan orang miskin, Kelebihan Penjaga Anak Yatim, berbuat baik dengan jiran dan larangan ke atas penghinaan.
  • Modul Tahun 1 Semester 2
  • Modul ini merangkumi empat bahagian penting untuk memahami Maqasid Shariah secara am; Pengenalan, Kepentingan, Sejarah dan Aplikasi Maqasid dalam konteks masakini. Ia menekankan tentang tingkatan Maqasid (al-Dharuriyat, al-Haajiyat, al-Tahsiniyat) serta prinsip – prinsip Maqasid Shariah yang lima (Hifz Din, Hifz Nafs, Hifz Aqal, Hifz Nasl, Hifz Mal)
  • Modul Tahun 1 Semester 2
  • Modul ini akan menyingkap secara ringkas konsep sistem-sistem di mana agama Islam itu terbentuk menjadikan Islam sebagai satu sistem kehidupan yang lengkap. Ia juga akan membuat perbandingan di antara sistem-sistem Islam dan sistem yang terdapat di dunia masa kini.
  • Modul Tahun 1 Semester 2
  • Modul ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat pengajiannya di peringkat bahasa arab asas. Pendekatan yang digunakan tidak tertumpu kepada satu topik dari permulaan hingga selesai topik tersebut. Ianya mendedahkan kepada para pelajar beberapa kaedah, perkataan yang relevan dan sering digunakan di dalam bahasa arab melalui kemahiran penulisan, perbualan dan pembacaan secara ringkas, mudah difahami dan sekaligus menjadi kunci kepada para pelajar bagi meneruskan peringkat pembelajaran bahasa arab yang lebih mendalam kajiaannya.
  • Modul Tahun 2 Semester 1
  • Kursus ini akan mengupaskan mengenai konsep kesederhanaan yang perlu difahami bagi masyarakat dengan menggunakan sumber-sumber yang mainstrean, sunni, juga maklumat-maklumat  terkini.
  • Modul Tahun 2 Semester 1
  • Modul ini akan mengupaskan konsep isu-isu fiqh dari aspek definisi, objektif, ciri khusus dan sumber-sumbernya minoriti muslim. Ianya menekankan tunggak-tunggak asas bagi fiqh minoriti, Terdapat contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam persoalan akidah dan ibadah, contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam fiqh kekeluargaan, contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam fiqh kekeluargaan, contoh-contoh penerapan fiqh minoriti dalam persoalan makanan & minuman, contoh-contoh penerapan aplikasi dalam urusan dan perhubungan kemasyarakatan.
  • Modul Tahun 2 Semester 1
  • Kursus ini memberi pengetahuan umum berkaitan beberapa aspek dalam pengurusan, perancangan, perubahan lanskap sosial, pembagunan sumber daya manusia (tarbiah) dan isu-isu dalam kepimpinan. Selain daripada itu ia turut memberi pendedahan, perbandingan, pengamalan dan pengurusan.
  • Modul Tahun 2 Semester 1
  • Modul ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat pengajiannya di peringkat bahasa arab asas. Pendekatan yang digunakan tidak tertumpu kepada satu topik dari permulaan hingga selesai topik tersebut. Ianya mendedahkan kepada para pelajar beberapa kaedah, perkataan yang relevan dan sering digunakan di dalam bahasa arab melalui kemahiran penulisan, perbualan dan pembacaan secara ringkas, mudah difahami dan sekaligus menjadi kunci kepada para pelajar bagi meneruskan peringkat pembelajaran bahasa arab yang lebih mendalam kajiaannya.
  • Modul Tahun 2 Semester 2
  • Modul ini akan membahaskan mengenai pendapat dan pemikiran ulama-ulama tafsir yang termasyhur melalui aliran lama dan baru seperti pendidikan, Syakhsiah Muslim, mengenal pasti adab-adab kemasyarakatan yang Islam dan bukan Islam, hubungan antara keluarga, menghubungkaitkan hukum Ekonomi, Jenayah, Siasah, Jihad dalam Islam.
  • Modul Tahun 2 Semester 2
  • Modul ini menjelaskan tentang sejarah dan teori kedatangan Islam di Nusantara termasuk Singapura. Selain daripada itu ia juga akan menyentuh tentang perkembangan serta peranan Islam dalam kebudayaan Melayu. Modul ini juga akan menekankan beberapa tokoh Ulama yang telah mengubah corak lanskap masyarakat Islam di Alam Melayu khususnya di Singapura.
  • Modul Tahun 2 Semester 2
  • Modul ini akan mengupaskan mengenai semua aspek syariat Islam yang dihadapi oleh Muslim/Muslimah. Ia akan membincangkan tentang prinsip-prinsip hukum yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam menentukan hukum halal dan haram.
  • Modul Tahun 2 Semester 2
  • Modul ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat pengajiannya di peringkat bahasa arab asas. Pendekatan yang digunakan tidak tertumpu kepada satu topik dari permulaan hingga selesai topik tersebut. Ianya mendedahkan kepada para pelajar beberapa kaedah, perkataan yang relevan dan sering digunakan di dalam bahasa arab melalui kemahiran penulisan, perbualan dan pembacaan secara ringkas, mudah difahami dan sekaligus menjadi kunci kepada para pelajar bagi meneruskan peringkat pembelajaran bahasa arab yang lebih mendalam kajiaannya.

Penilaian Program

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian. Pelajar juga perlu melalui ujian hafalan Al-Quran dari surah Al-Kahfi dan Yaasin.

Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester adalah seperti berikut:

Bilik Darjah40% 
Peperiksaan60% 

Kongsi program ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email