Program Takrif Islam

  • Bahasa Penyampaian: Melayu
  • Laluan Ekspres (3 bulan) dan Laluan Mingguan / Harian (6 bulan)
  • Pengambilan: Januari dan Julai
  • IPIP juga menawarkan PTI dalam Bahasa Inggeris. Klik di sini untuk maklumat program.

Matlamat Program

Program ini bertujuan untuk mengenali dan memahami asas Islam melalui pengajian Tauhid, Fiqh, Sirah dan Asas al-Quran. Ia direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak pernah mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara berstruktur atau rasmi. Program ini akan memuatkan cara pembelajaran yang bersifat praktikal dan mengetengahkan pendekatan amalan-amalan yang digalakkan (recommended practices) dalam melaksanakan ibadat harian.

Mengetahui, secara menyeluruh, dasar-dasar Agama Islam.

Memahami dan mengamalkan akhlak-akhlak misali dalam kehidupan harian.

Mengenal dan membaca Al-Quran dengan aplikasi hukum-hukum tajwid pada peringkat permulaan.

Melaksanakan ibadat solat dengan memahami hukum-hukum yang berkaitan dengannya dalam hal-hal tertentu.

Program ini menawarkan dua laluan

PTI Mingguan atau Harian

Tempoh

6 Bulan

Bahasa

Melayu

Jadual

Isnin 6.30ptg–9.30mlm /
Jumaat 6.30ptg-9.30mlm/
Ahad 9.00pg-12.00tgh

Tempat

Wisma Indah
MDIS Changi

PTI Ekspres

Tempoh

3 Bulan

Bahasa

Melayu

Jadual

Selasa & Khamis
6.30ptg-9.30mlm

Tempat

Wisma Indah
MDIS Changi

Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.

Risalah Program PTI

Butiran Pendaftaran

  • Berumur 16 tahun ke atas
Pendaftaran & Administrasi$100 (Wang tidak akan dikembalikan)
Pengajian$350 untuk 4 modul (termasuk Kursus Pengurusan Jenazah)

*Yuran tidak termasuk buku dan nota.

Pengambilan Pertama: Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)
Pengambilan Kedua: Julai (Pendaftaran pada bulan Mei – Jun)

Klik di sini untuk keterangan lanjut.

  • Saya berumur 50 tahun. Bolehkah saya mendaftar?
    • PTI dibuka kepada semua yang berumur 16 tahun ke atas.
  • Di mana harus saya membeli buku-buku yang diperlukan?
    • Kaunter Pergas.
  • Bolehkah saya menggunakan SkillsFuture Credit?
    • Tidak boleh buat masa ini.

Mulakan Program Takrif Islam Anda!​

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.

Modul Program

Modul ini membincangkan mengenai Akidah Islam yang meliputi kepercayaan kepada Tuhan serta sifat-sifatNya. Ia menanam keyakinan kewujudan Allah s.w.t serta menjelaskan mengenai rukun Iman yang menjadi teras berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Modul ini akan menyentuh berkaitan hukum syariah beserta lima rukun Islam secara umum. Modul ini juga akan menerangkan berkaitan Thoharah dan Solat secara ringkas. Pelajar akan dibimbing kepada pelaksanaan hukum-hukum yang praktikal dari kehidupan seharian.

Modul ini akan memperkenalkan kepentingan mempelajari Sirah dan tujuan Rasul diutuskan kepada umat manusia dan juga memperkenalkan sifat-sifat para Rasul untuk dijadikan pengajaran dan panduan bagi kehidupan sebagai seorang Muslim.

Modul ini memperkenalkan pembacaan al-Quran dari peringkat permulaan. Pelajar juga akan didedahkan bacaan dengan surah-surah pilihan daripada juz 30.

Penilaian Program

Bagi mendapatkan sijil penyertaan untuk Program Takrif Islam, pelajar wajib memenuhi kehadiran sebanyak 75% bagi keempat–empat modul secara urutan iaitu Tauhid, Fiqh (termasuk pengurusan jenazah), Sirah dan Asas al-Quran. Tiada peperiksaan yang akan diadakan.

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Pengajian Islam (SPI) setelah tamat pembelajaran PTI.

Kongsi program ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email