Pendaftaran untuk Program Pengajian Islam dan Kursus Singkat telah dibuka! |
Program Sijil Lanjutan Pengajian Islam bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian dalam ilmu Usuluddin dan Syariah seperti ulum al-Quran, Ulum Hadis, Fiqh Ekonomi, Sejarah Perundangan Islam, Tasawuf dan lain-lain lagi. Silibus pengajian ini setara dengan silibus peringkat GCE ‘A’ bagi memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur. Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal. Matlamatnya adalah:
Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islah sesuai dengan konteks semasa kehidupan di Singapura.
Mengenali dan memahami bahasa Arab secara asas dan pertengahan.
Mendedahkan dan menjelaskan Fikrah Islamiah dan Tasawwur Islami terhadap beberapa aspek kehidupan (ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan tamadun).
1½ Tahun
Melayu
Isnin & Rabu
6.30ptg-10.00mlm
Wisma Indah
3 Tahun
Melayu
Sabtu 1.30ptg-5.00ptg
Sabtu 5.00ptg-8.30mlm
Ahad 9.00pg-12.30tgh
Masjid Al-Khair
Masjid Darul Makmur
Madrasah Aljunied
Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.
SLPI mengambil pendekatan sistem trimester dan satu tahun pengajian terbahagi kepada tiga modul. Peperiksaan akan diadakan pada setiap akhir modul.
2023 (termasuk 8% GST)
Pendaftaran & Administrasi | $162 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $3175.20 |
Struktur Pembayaran
Pelajar diwajibkan membayar yuran pengajian melalui Giro. Struktur pembayarannya ialah seperti berikut:
Pembayaran Pertama | $378 |
Bulanan | SLPI Ekspres: $159.84 (selama 17 bulan) $79.92 (pembayaran terakhir) SLPI Mingguan: $79.92 (selama 35 bulan) |
2024 (termasuk 9% GST)
Pendaftaran & Administrasi | $163.50 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $3204.60 |
Struktur Pembayaran
Pelajar diwajibkan membayar yuran pengajian melalui Giro. Struktur pembayarannya ialah seperti berikut:
Pembayaran Pertama | $381.50 |
Bulanan | SLPI Ekspres: $161.32 (selama 17 bulan) $80.66 (pembayaran terakhir) SLPI Mingguan: $80.66 (selama 35 bulan) |
IPIP juga menawarkan biasiswa untuk para pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang memerlukan sokongan kewangan tambahan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
*Semua harga yang tertera sudah termasuk GST.
SLPI Ekspres
Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)
SLPI Mingguan
Pengambilan Pertama: Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)
Pengambilan Kedua: Julai (Pendaftaran pada bulan Mei – Jun)
Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.
Modul ini memberi pengenalan kepada aspek-aspek penting dalam Dakwah dan juga ilmu dalam berdakwah. Topik-topik dalam modul ini merentas daripada perkara asas berkaitan – siapakah juru dakwah, persiapan, akhlak dan kualiti perlu ada sehingga kepada aspek pengurusan dan perancangan dakwah, dan beberapa metodologi dan wasilah yang boleh digunakan. Selain modul memberi penekanan sudut aplikasi dan penganalisaan masalah dalam isu-isu sosial semasa yang dihadapi oleh pendakwah.
Modul ini bertujuan mengenalkan pelajar kepada aspek pengkajian Al-Hadith dari segi sejarah penurunan, pembukuan, pembahagian & penyusunannya. Ia juga akan menyentuh kajian yang berkaitan dengan jenis-jenis Hadith.
Modul ini membahaskan dengan lengkap ilmu-ilmu al-Qur’ān yang diperlukan oleh pembaca dan penuntut agama zaman sekarang. Pembahasan-pembahasannya disusun begitu rupa agar ia mencerminkan tahap keperluan mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai al-Qur’ān. Modul ini juga merupakan satu-satunya buku ʿUlūm al-Qur’ān yang memuatkan pembahasan penting mengenai kaitan ilmu Sains dan al-Qur’ān.
Modul ini membahaskan sejarah perundangan Islam dari awal pengutusan Nabi S.A.W sebagai rasul hingga era kemodenan. Pengajian yang menyentuh pembentukan mazhab-mazhab fiqhiyah yang mu’tabar dan juga yang telah pupus.
Modul ini akan membina kefahaman fiqh melalui ilmu Usul Fiqh. Memahami terbinanya sesebuah hukum dengan mengaplikasikan ilmu Usul Fiqh oleh para Ulama’ dan kegunaannya dalam menghadapi situasi semasa dan akan datang. Perbahasan mengenai sumber-sumber hukum, kaedah pengambilan hukum, Ijtihad dan taqlid.
Modul ini memberi penekanan dan amalan mengenai Allah swt dengan lebih dekat. Ia juga membincangkan mengenai pengenalan ilmu tasawuf, istilah-istilahnya, sebab-sebab, kesan-kesan dan pengaruh tersebarnya ilmu ini. Ia juga merangkumi pendedahannya mengenai amalan-amalan dan ajaran ahli tasawwuf.
Modul ini menerangkan konsep umum ilmu fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan dengan bab Perkahwinan. Secara umum, kursus akan menyentuh hal dan keadaan dalam kehidupan harian seorang Muslim dan memperlihatkan perlaksanaan hukum-hakam fiqh secara praktikal. Modul ini akan melanjutkan perbahasan hukum hakam yang berkaitan dengan Bab Munakahat yang merangkumi bab-bab berikut – Bab Talaq, Iddah, Rujuk, Khuluk, Fasakh, Zihar & Li’an.
Modul ini akan melanjutkan perbahasan hukum hakam yang berkaitan dengan Bab Mu’amalat yang merangkumi bab-bab berikut:
Jual Beli, Riba Modal, Hutang Piutang / Pemindahan Hutang, Hibah(Anugerah), Ijarah, Ji’alah (Saguhati),Sulh (Perdamaian),Pemindahan Hutang( Hawalah),Syuf’ah, Pajak (Musaqah), Pinjaman, Syarikat Perniagaan, Qiradh (Mudharabah), Wadi’ah, Luqatah, Gadaian, Jaminan, Perwakilan, Ikrah dan Merampas.
Modul ini secara umumnya melatih pelajar kemahiran menyebut, membaca dan menulis perkataan atau perbualan yang sering digunakan di dalam bahasa arab. Ia juga mendedahkan kepada pelajar pengetahuan, kefahaman dan kemampuan aplikasi asas tatabahasa Arab.
Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.
Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester:
1. Modul-modul
Bilik Darjah | 30% | |
Kehadiran | 10% | |
Peperiksaan | 60% | |
Syarat Lulus | 50% ke atas |
2. Hafalan Quran & Hadith
Ujian Lisan | 100% | |
Syarat Lulus | 65% ke atas |
Pelajar perlu menduduki peperiksaan menulis dan menghafal dalam satu masa.
Kongsi program ini: