Sijil Pengajian Islam

  • Bahasa Penyampaian: Melayu
  • Laluan Express (1 tahun) dan Laluan Mingguan (2 tahun)
  • Pendekatan Sistem Trimester | 6 Modul
  • Pengambilan: Januari dan Julai

Matlamat Program

Program Sijil Pengajian Islam bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian Fardu Ain, Tafsir, Hadis dan Tajwid. Silibus pengajian ini setara dengan silibus IRK peringkat GCE ‘O’ bagi memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur. Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal. Matlamatnya adalah:

Melahirkan individu Muslim yang memahami Agama Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islah sesuai dengan konteks semasa kehidupan di Singapura.

Menyiapkan pelajar dengan kefahaman asas dalam fardhu ‘ain dan ilmu-ilmu Islam.

Membaca Al-Quran dengan lancar berserta tajwid.

Program ini menawarkan dua laluan

SPI Ekspres

Tempoh

1 Tahun

Bahasa

Melayu

Jadual

Isnin & Rabu /
Selasa & Khamis
6.30ptg–10.00mlm

Tempat

Wisma Indah

SPI Mingguan

Tempoh

2 Tahun

Bahasa

Melayu

Jadual

Rabu / Jumaat 6.30ptg-10.00mlm /
Sabtu / Ahad 9.00pg-12.00tgh

Tempat

Madrasah Aljunied /
Wisma Indah /
MDIS Changi

Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.

Struktur Program

SPI mengambil pendekatan sistem trimester dan satu tahun pengajian terbahagi kepada tiga modul. Peperiksaan akan diadakan pada setiap akhir modul.

Risalah Program SPI

Butiran Pendaftaran

  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Mempunyai kelayakan atau sijil dalam salah satu berikut:
    • Tamat Program Takrif Islam (PTI) di IPIP
    • Sijil Pengajian Islam Belia / Perdaus
    • Teens Alive
    • Simply Islam
    • ADIL
    • IRK
    • SPIB Perdaus
    • Kelas Bimbingan Menengah (Andalus)
    • Kursus fardhu ‘ain yang diiktiraf
  • Mampu membaca Al-Quran
Pendaftaran & Administrasi$150 (Wang tidak akan dikembalikan)
Pengajian$300 (Trimester 1 & 3)
$240 (Trimester 2)

Struktur Pembayaran*

Pembayaran Pertama$300
BulananSPI Ekspres: $138 (selama 10 bulan)
SPI Mingguan: $69 (selama 20 bulan)

*Pelajar diwajibkan menggunakan Giro

SPI Ekspres
Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)

SPI Mingguan
Pengambilan Pertama: Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)
Pengambilan Kedua: Julai (Pendaftaran pada bulan Mei – Jun)

Klik di sini untuk keterangan lanjut.

  • Saya ingin mendaftar SPI Ekspres bagi pengambilan Ogos.
    • SPI Ekspres hanya mempunyai satu pengambilan Januari.
  • Bolehkah saya menggunakan SkillsFuture Credit?
    • Tidak boleh buat masa ini.

Mulakan Sijil Pengajian Islam Anda!​

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.

Modul Program

Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Tauhid dan kepentingannya. Ia kemudian akan membahaskan tajuk-tajuk rukun iman yang enam. Dari bab beriman kepada Allah hingga beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah. Secara umumnya, modul ini akan memberi pengenalan dan mukadimah kepada Ilmu Aqidah dan akan menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Makrifat kepada Allah dan sifat-sifatnya, hal ehwal Kenabian, tanda-tanda Kiamat dll. Pengajaran Akidah ini berdasarkan / berpegang dengan aliran golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Modul ini memberi singkapan awal terhadap pengertian Hadis Nabawi dan istilah-istilah yang diguna pakai dalam pengajian Hadis dan Teks Hadis. Modul ini juga memperkenalkan kepada pelajar beberapa tokoh terkemuka dalam pengajian hadis. Dalam masa yang sama, pelajar akan mempelajari beberapa hadis-hadis pilihan dari kitab al-‘Arbain an-Nawawiyah dan hadis Sahih Imam Bukhari.

Modul ini akan mendedahkan pelajar tentang kepentingan pengetahuan Sirah Nabawiyyah dalam memahami Islam. Ia membincangkan tentang hal keadaan masyarakat dunia secara amnya dan masyarakat Arab jahiliyah secara khusus sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w sehingga kewafatannya. Selanjutnya ia akan menyentuh tentang permulaan hijrah, hal masyarakat di Madinah dunia secara amnya, keadaan selepas hijrah, peperangan dalam sejarah Rasulullah s.a.w menurut susunan kronologi. Ia juga menerangkan tentang zaman pemerintahan Khulafa’ Rasyidin, seterusnya menyentuh peristiwa-peristiwa dalam sejarah sahabat Rasulullah. Kemudian ianya akan mencakupi penerangan mengenai pemerintahan selepas itu iaitu Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Tajuk yang akan disentuh adalah pembentukan, kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah.  Di samping itu, pelajaran ini juga dapat mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah serta mencontohi akhlak mulia beliau baginda.

Modul ini menerangkan tentang kepentingan memahami tuntutan Allah s.w.t yang terkandung dalam Al-Quran dari Juz ‘Amma. Setiap surah mempunyai huraian dan kesimpulan. Kursus ini juga akan menerangkan secara am dan  ringkas perbahasan yang berkaitan dengan ilmu Usul at-Tafsir. Ia juga  mengupas maksud, hukum-hakam, kisah-kisah & pengajaran daripada surah-surah pilihan.

Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan bab Ibadat. Pengajian akan menyentuh hukum berkaitan taharah, solat, zakat, puasa dan Haji. Secara umum, kursus akan menyentuh mengenai hal dan keadaan kehidupan harian seorang Muslim. Ia juga akan memperlihatkan pelaksanaan hukum-hukam (Fiqh) secara praktikal. Pengajaran Fiqh ini berdasarkan pegangan mazhab Imam Syafie.

Modul ini akan memperkenalkan kepada ilmu Tajwid Al-Quran dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya yang merangkumi hukum Nun Sakinah & Tanwin, Mim Sakinah, Bahagian Idgham,  Mad & Qasar, Huruf- Huruf di awal Surah , Waqf & Ibtida’ , Saktah , Sujud Tilawah , Hamzah Bersambung , Rasm Utsmani & Tanda Bacaan gan pembacaan Al-Quran yang meliputi hukum-hukum Tajwid pada peringkat permulaan.

Penilaian Program

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.

Keseluruhannya, penilaian sepanjang semester:

1. Modul-modul

Bilik Darjah30% 
Kehadiran10% 
Peperiksaan60% 
Syarat Lulus50% ke atas 

2. Hafalan Quran & Hadith 

Ujian Lisan100% 
Syarat Lulus65% ke atas 

Pelajar perlu menduduki peperiksaan menulis dan menghafal dalam satu masa.

Kongsi program ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email