Pendaftaran untuk Program Pengajian Islam dan Kursus Singkat telah dibuka! |
Program pengajian bahasa arab adalah pengajian yang akan memberi penekanan pada 4 kemahiran; pendengaran, pembacaan, penulisan dan perbualan. Program ini akan bermula dari peringkat asas hingga ke peringkat lanjutan dengan mengandungi 9 modul kesemuanya. Ia menghala kepada peringkat ‘O’ level. Matlamatnya adalah:
Membina khairah ummah melalui pengajian bahasa arab dan budayanya
Mengajar bahasa arab kepada masyarakat dari peringkat awal hingga peringkat lanjutan
Memberi kemahiran bertutur, menulis, bercakap dan mendengar dalam bahasa arab
Asas / Pertengahan / Lanjutan
9 bulan setiap peringkat
Selasa & Khamis
7.30mlm-9.30mlm /
Ahad 9.00pg-1.00ptg
Wisma Indah /
MDIS Changi
Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.
2023 (termasuk 8% GST)
Peringkat Asas:
Pendaftaran & Administrasi | $75.60 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $486 untuk Modul 101 $486 untuk Modul 102 $486 untuk Modul 103 |
Peringkat Pertengahan:
Pendaftaran & Administrasi | $75.60 (wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $486 untuk Modul 201 $486 untuk Modul 202 $486 untuk Modul 203 |
Peringkat Lanjutan:
Pendaftaran & Administrasi | $75.60 (wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $486 untuk Modul 301 $486 untuk Modul 302 $486 untuk Modul 303 |
2024 (termasuk 9% GST)
Peringkat Asas:
Pendaftaran & Administrasi | $76.30 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $490.50 untuk Modul 101 $490.50 untuk Modul 102 $490.50 untuk Modul 103 |
Peringkat Pertengahan:
Pendaftaran & Administrasi | $76.30 (wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $490.50 untuk Modul 201 $490.50 untuk Modul 202 $490.50 untuk Modul 203 |
Peringkat Lanjutan:
Pendaftaran & Administrasi | $76.30 (wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $490.50 untuk Modul 301 $490.50 untuk Modul 302 $490.50 untuk Modul 303 |
IPIP juga menawarkan biasiswa untuk para pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang memerlukan sokongan kewangan tambahan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
*Semua harga yang tertera sudah termasuk GST.
Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.
Modul ini memberikan pengajian bahasa arab untuk bagi peringkat permulaan. Pembinaan kosa kata asas dan kegunaannya adalah fokus bagi modul ini. Pada akhir pengajian pelajar akan memahami cara menggunakan bahasa arab pada situasi yang dipelajari.
Topik-topik dalam pengajian:
Ucapan dan pengenalan, Kekeluargaan, Tempat tinggal. Kehidupan harian, dan Minuman & Makanan
Modul ini membina kosa kata dan tatabahasa pelajar pada situasi sekeliling kita serta menggunakannya. Dengan pengajian integrasi, pelajar dapat membiasakan kegunaan bahasa arab pada situasi harian.
Topik-topik dalam pengajian:
Solat, Pembelajaran, Pekerjaan, Membeli-belah, dan Cuaca
Modul ini akan diajar tatabahasa dan kefahaman membaca teks serta menggunaakannya pada perbualan dan penulisan. Pelajar akan serasi menggunakan bahasa arab pada situasi harian.
Topik-topik dalam pengajian:
Hobi, Perjalanan & Bermusafir, Haji dan Umrah, Kesihatan, dan Percutian
Modul ini memberikan pengajian bahasa arab untuk bagi peringkat awal pertengahan. Pengajian akan lebih kepada mempraktikkan dalam perbualan dan penulisan.
Topik-topik dalam pengajian
Penjagaan kesihatan, Rekeriasi, Kehidupan berkahwin, Kehidupan di Bandar, dan Ilmu pengetahuan dan pembelajaran
Modul ini membina kosa kata serta mengenalpasti tatabahasa dan menggunakannya dalam perbualan dan penulisan. Ia juga membina keyakinan dalam kegunaan harian.
Topik-topik dalam pengajian:
Profesion Pekerjaan, Bahasa Arab, Penganugerahan, Dunia Sebuah Perkampungan kecil, dan Kebersihan
Modul ini mengajar cara merespon dan memberi idea dalam bentuk tulisan dan percakapan. Asas tatabahasa akan diperkasakan pada teori dan praktikal. Ia membekalkan asas bahasa yang kuat bagi melanjutkan ke peringkat selanjutnya.
Topik-topik dalam pengajian:
Islam, Remaja, Dunia Islam, Keselamatan, Pencemaran, dan Sumber Tenaga
Modul ini membina ketepatan dalam penggunaan bahasa dalam bentuk pembacaan dan penulisan. Sekaligus dapat meningkatkan kemahiran dalam kegunaan bahasa.
Topik-topik dalam pengajian:
Mu’jizat yang berkekalan, Hari dalam kehidupan baru, Dunia Minoriti, Sunnah Nabawiyah, dan Kanak-kanak dan Membaca
Modul ini menghalusi dalam penggunaan di setiap kemahiran bahasa. Dengan kemahiran yang ada pelajar dapat meluaskan kemahiran bahasa arab kepada bahasa lain.
Topik-topik dalam pengajian:
Penghijrahan Fikiran, Selamat Malam, Hikayat dan Gurauan, Kesaksamaan, dan Berperikemanusiaan terhadap haiwan
Dengan ketepatan dan penguasaan yang mantap pelajar hanya perlu sedikit bimbingan dalam pengajian. Pelajar masih ada ruang untuk mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa arab.
Topik-topik dalam pengajian:
Amthal Arab, Konflik kekeluargaan, Hubungan bersama Ayah dan Anak, Air adalah asal kehidupan, Wasiat seorang ayah, dan Diari Si Kecil
Kongsi program ini: