Pendaftaran untuk Program Pengajian Islam dan Kursus Singkat telah dibuka! |
Program ini bertujuan untuk mengenali dan memahami asas Islam melalui pengajian Tauhid, Fiqh, Sirah dan Asas al-Quran. Ia direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak pernah mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara berstruktur atau rasmi. Program ini akan memuatkan cara pembelajaran yang bersifat praktikal dan mengetengahkan pendekatan amalan-amalan yang digalakkan (recommended practices) dalam melaksanakan ibadat harian.
Mengetahui, secara menyeluruh, dasar-dasar Agama Islam.
Memahami dan mengamalkan akhlak-akhlak misali dalam kehidupan harian.
Mengenal dan membaca Al-Quran dengan aplikasi hukum-hukum tajwid pada peringkat permulaan.
Melaksanakan ibadat solat dengan memahami hukum-hukum yang berkaitan dengannya dalam hal-hal tertentu.
6 Bulan
Melayu
Isnin 6.30ptg–9.30mlm /
Jumaat 6.30ptg-9.30mlm/
Ahad 9.00pg-12.00tgh
Wisma Indah
MDIS Changi
3 Bulan
Melayu
Selasa & Khamis
6.30ptg-9.30mlm
Wisma Indah
MDIS Changi
Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.
2023 (termasuk 8% GST)
Pendaftaran & Administrasi | $108 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $378 untuk 4 modul (termasuk Kursus Pengurusan Jenazah) |
2024 (termasuk 9% GST)
Pendaftaran & Administrasi | $109 (Wang tidak akan dikembalikan) |
Pengajian | $381.50 untuk 4 modul (termasuk Kursus Pengurusan Jenazah) |
IPIP juga menawarkan biasiswa untuk para pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang memerlukan sokongan kewangan tambahan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
*Yuran tidak termasuk buku dan nota. Semua harga yang tertera sudah termasuk GST.
Pengambilan Pertama: Januari (Pendaftaran pada bulan Oktober – November)
Pengambilan Kedua: Julai (Pendaftaran pada bulan Mei – Jun)
Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.
Modul ini membincangkan mengenai Akidah Islam yang meliputi kepercayaan kepada Tuhan serta sifat-sifatNya. Ia menanam keyakinan kewujudan Allah s.w.t serta menjelaskan mengenai rukun Iman yang menjadi teras berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Modul ini akan menyentuh berkaitan hukum syariah beserta lima rukun Islam secara umum. Modul ini juga akan menerangkan berkaitan Thoharah dan Solat secara ringkas. Pelajar akan dibimbing kepada pelaksanaan hukum-hukum yang praktikal dari kehidupan seharian.
Modul ini akan memperkenalkan kepentingan mempelajari Sirah dan tujuan Rasul diutuskan kepada umat manusia dan juga memperkenalkan sifat-sifat para Rasul untuk dijadikan pengajaran dan panduan bagi kehidupan sebagai seorang Muslim.
Modul ini memperkenalkan pembacaan al-Quran dari peringkat permulaan. Pelajar juga akan didedahkan bacaan dengan surah-surah pilihan daripada juz 30.
Bagi mendapatkan sijil penyertaan untuk Program Takrif Islam, pelajar wajib memenuhi kehadiran sebanyak 75% bagi keempat–empat modul secara urutan iaitu Tauhid, Fiqh (termasuk pengurusan jenazah), Sirah dan Asas al-Quran. Tiada peperiksaan yang akan diadakan.
Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Pengajian Islam (SPI) setelah tamat pembelajaran PTI.
Kongsi program ini: