Sijil Pengajian Islam Remaja (SPIR) - IPIP | Institut Pengajian Islam Pergas

Sijil Pengajian Islam Remaja

  • Bahasa Penyampaian: Melayu
  • Pengajian selama 4 tahun
  • Untuk berumur 13 – 15 tahun
  • Pengambilan: Januari dan Julai

Matlamat Program

Program Sijil Pengajian Islam Remaja bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian agama seperti Tauhid, Fiqh, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sirah, Tajwid dan al-Quran. Silibus pengajian ini setara dengan peringkat Sijil Pengajian Islam bagi memenuhi keperluan para penuntut remaja yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur. Bagi keberkesanan pembelajaran, program ini memuatkan pendekatan secara teori dan praktikal.

Melahirkan generasi yang berpengetahuan tentang ilmu pengajian agama secara berstruktur dan mengikut kesesuaiannya dalam konteks terkini.

Meningkatkan mutu bacaan al-Quran serta memperkukuh bacaan dalam solat.

Mempraktikkan dan memahami kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Program ini menawarkan Satu laluan

SPIR

Tempoh

4 Tahun

Bahasa

Melayu

Jadual

Ahad 9.00pg - 12.00tgh

Tempat

Madrasah Aljunied Al-Islamiah

Klik di sini untuk jadual program dan tempat terkini.

Struktur Program

  • SPIR mengambil pendekatan sistem “penggal” dan satu tahun pengajian terbahagi kepada empat penggal dengan sebanyak 7 modul secara keseluruhannya selama empat tahun. Pada setiap akhir modul akan diadakan peperiksaan.
  • Pelajar yang lulus layak menyambung pengajian ke peringkat Sijil Lanjutan Pengajian Islam & berpeluang menduduki peperiksaan GCE Peringkat ‘O’.
Risalah Program SPI

Mulakan Sijil Pengajian Islam Remaja Anda!​

Testimoni Waris Pelajar

Butiran Pendaftaran

Mari Bentuk Generasi Muslim Yang Berilmu!​

Atau jika anda ada persoalan, kami mengalukan anda hubungi kami.

Modul Program

Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Tauhid dan kepentingannya. Ia kemudian akan membahaskan tajuk-tajuk rukun iman yang enam. Dari bab beriman kepada Allah hingga beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah. Secara umumnya, modul ini akan memberi pengenalan dan mukadimah kepada Ilmu Aqidah dan akan menyentuh tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Makrifat kepada Allah dan sifat-sifatnya, hal ehwal Kenabian, tanda-tanda Kiamat dan lain-lain. Pengajaran Akidah ini berdasarkan / berpegang dengan aliran golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Modul ini memberi singkapan awal terhadap pengertian Hadis Nabawi dan istilah-istilah yang diguna pakai dalam pengajian Hadis dan Teks Hadis. Modul ini juga memperkenalkan kepada pelajar beberapa tokoh terkemuka dalam pengajian hadis. Dalam masa yang sama, pelajar akan mempelajari beberapa hadis-hadis pilihan dari kitab al-‘Arbain an-Nawawiyah dan hadis Sahih Imam Bukhari.

Modul ini akan mendedahkan pelajar tentang kepentingan pengetahuan Sirah Nabawiyyah dalam memahami Islam. Ia membincangkan tentang hal keadaan masyarakat dunia secara amnya dan masyarakat Arab jahiliyah secara khusus sebelum kebangkitan Rasulullah SAW sehingga kewafatannya. Selanjutnya ia akan menyentuh tentang permulaan hijrah, hal masyarakat di Madinah dunia secara amnya, keadaan selepas hijrah, peperangan dalam sejarah Rasulullah SAW menurut susunan kronologi. Ia juga menerangkan tentang zaman pemerintahan Khulafa’ Rasyidin, seterusnya menyentuh peristiwa-peristiwa dalam sejarah sahabat Rasulullah. Kemudian ianya akan mencakupi penerangan mengenai pemerintahan selepas itu iaitu Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Tajuk yang akan disentuh adalah pembentukan, kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan Umayyah dan Abbasiyah.  Di samping itu, pelajaran ini juga dapat mengukuhkan hubungan pelajar dengan sirah Rasulullah serta mencontohi akhlak mulia beliau baginda.

Modul ini menerangkan tentang kepentingan memahami tuntutan Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran dari Juz ‘Amma. Setiap surah mempunyai huraian dan kesimpulan. Kursus ini juga akan menerangkan secara am dan  ringkas perbahasan yang berkaitan dengan ilmu Usul at-Tafsir. Ia juga  mengupas maksud, hukum-hakam, kisah-kisah & pengajaran daripada surah-surah pilihan.

Modul ini menerangkan konsep umum ilmu Fiqh dan juga dasar-dasarnya. Ia kemudian akan membahaskan hukum-hakam yang berkaitan bab Ibadat. Pengajian akan menyentuh hukum berkaitan taharah, solat, zakat, puasa dan Haji. Secara umum, kursus akan menyentuh mengenai hal dan keadaan kehidupan harian seorang Muslim. Ia juga akan memperlihatkan pelaksanaan hukum-hukam (Fiqh) secara praktikal. Pengajaran Fiqh ini berdasarkan pegangan mazhab Imam Syafie.

Modul ini akan memperkenalkan kepada ilmu Tajwid Al-Quran dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya yang merangkumi hukum Nun Sakinah & Tanwin, Mim Sakinah, Bahagian Idgham,  Mad & Qasar, Huruf- Huruf di awal Surah , Waqf & Ibtida’ , Saktah , Sujud Tilawah , Hamzah Bersambung , Rasm Utsmani & Tanda Bacaan gan pembacaan Al-Quran yang meliputi hukum-hukum Tajwid pada peringkat permulaan.

Al-Quran: Tilawah & Hafalan:

Pelajar mesti dapat membaca dan menghafal al-Quran dengan bertajwid.

Menjelaskan kepentingan hubungan terhadap Allah, Rasul, Manusia & Alam.Menekankan nilai-nilai tingkah laku sesama insan dan melahirkan insan yang baik terhadap diri dan terhadap yang lain. 

Jadual Program

Tahun/Penggal

Bulan

Jangkamasa

Modul

Penggal 1

Jan – Mac

Mac

Mac

7 minggu pengajian

1 minggu peperiksaan

1 minggu cuti

Tauhid & Akhlak

Penggal 2

Mac – Mei

Jun

Jun

7 minggu pengajian

1 minggu peperiksaan

Cuti

Fiqh & Tajwid (Al-Quran)

Penggal 3

Julai – Ogos

Ogos

Ogos

7 minggu pengajian

1 minggu peperiksaan

1 minggu cuti

Sirah & Hadith

Penggal 4

Sept – Okt

Okt

Nov

Dis

7 minggu pengajian

1 minggu Ko-kurikulum

1 minggu peperiksaan

Cuti

Tafsir & Tajwid (Al-Quran)

Penilaian Program

Penilaian akan dibuat dari masa ke semasa. Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kelas untuk dinilai. Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh pihak IPIP. Penilaian akan merangkumi kuiz, tugasan dan ujian.

Keseluruhannya, penilaian sepanjang penggal secara umum:

Bilik Darjah60% 
Peperiksaan40% 

 

Kongsi program ini: