Peningkatan Pelajar Sijil Pengajian Islam Remaja (SPIR)
Walaupun masih di tahun pertama, banyak peningkatan yang dilihat oleh ibu bapa yang menghantar anak remaja mereka.
Cik Rachmawati Lestari, 52 tahun, pernah menganggap dirinya sudah tidak begitu muda lagi semasa beliau menimbangkan untuk melanjutkan kuliah dalam pengajian Islam sekitar lima tahun lalu.
Bagaimanapun, ibu dua orang anak ini, Wafi, anak lelaki berusia 24 tahun, dan Alifa, anak perempuan berusia 20 tahun, meneruskan juga hasratnya setelah memikirkan bahawa sebelumnya beliau hanya mendapat pendidikan sekular dan telah belajar agama semasa di sekolah rendah sahaja.
‘‘Apa yang mendorong saya ialah seorang ustaz yang pernah mengatakan bahawa ramai daripada kita belajar ilmu dunia ke tahap sangat tinggi, tetapi bagaimana dengan ilmu agama untuk akhirat? Di sinilah saya berfikir bahawa ilmu pengetahuan agama saya sangat kurang, maka saya perlu menimba ilmu untuk bekalan akhirat,’’ kata Cik Rachmawati.
Suaminya, Encik Rachmat Novaruka, juga 52 tahun, seorang pengurus projek, pun berfikiran serupa dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan agama juga. Mereka berdua berasal dari Indonesia, tetapi sudah menjadi warga Singapura.
Kedua-duanya kemudian sepakat memilih Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) untuk menambah ilmu pengetahuan agama, namun kini belajar di kelas berasingan.
Menurut Cik Rachmawati, mereka memilih IPIP kerana beberapa sebab seperti ia mempunyai platform pengajian untuk semua peringkat usia, pengajiannya lebih mendalam dari asas hingga ke peringkat lanjutan, dan program yang disediakan berstruktur.
Menyingkap lagi kebimbangannya semasa baru mengikuti pengajian di IPIP, Cik Rachmawati berkata:
‘‘Benar, memang ada kebimbangan, apakah saya boleh mengikuti sekolah dan komited untuk melanjutkan pelajaran sampai selesai. Jika melihat rakan sekelas, kebanyakan mereka masih muda, seumur dengan anak-anak saya. Waktu belajar juga jatuh pada hari Ahad iaitu hari rehat saya pada waktu itu. Tetapi kerana ada keinginan kuat untuk belajar agama, saya teruskan.’’
Namun, beliau dapat membuat penyesuaian dengan memastikan masanya diatur dengan baik, beliau dapat terus menghadiri kelas secara fizikal dan ‘online’ dan membuat persiapan untuk ujian.
Cik Rachmawati mengikuti Program Takrif Islam di IPIP, kemudian Sijil Pengajian Islam dan kini kursus Sijil Lanjutan Pengajian Islam. Modul-modul yang diajar termasuk Pengetahuan Syariah, Fiqh, Sejarah Peradaban Islam, Dasar Bahasa Arab, Usuluddin, Bacaan Al-Quran dan Hafalan Surah.
Beliau juga bersyukur dengan sokongan dan bimbingan asatizah IPIP di dalam kelas, membuat beliau tidak pernah putus asa, katanya, yang bekerja dalam bidang hospitaliti.
Mengenai belajar pada usia lanjut, beliau menerangkan lagi: ‘‘Tidak ada halangan bagi saya kerana menuntut ilmu itu wajib untuk semua Muslim.
Pengajian di IPIP ini juga sesuai bagi mereka yang sudah meningkat usia. Jika ada kemahuan, pasti ada jalan dan Allah akan mempermudah segala-galanya.’’
Beliau kini ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Pengajian Islam (DPI) pula. Mengenai cita-citanya, Cik Rachmawati berkata:
‘‘Saya ingin menjadi Muslimah yang lebih baik di dunia dan juga akhirat, beribadah bukan berlandaskan ikut-ikutan, tetapi belajar agar saya tidak buta ilmu dan ini memberikan contoh yang baik bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga saya, malah bermanfaat juga untuk orang lain.’’
Kongsi kisah ini:
Walaupun masih di tahun pertama, banyak peningkatan yang dilihat oleh ibu bapa yang menghantar anak remaja mereka.
Pendidikan Islam berstruktur yang disediakan oleh Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP), mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelajar yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agama Islam, tanpa mengira usia mereka.
“Perjalanan mencapai Ijazah Sarjana Muda pada peringkat usia ini, bukanlah perjalanan yang mudah… kami perlu bijak mengimbangi waktu kerjaya dan pembelajaran.”